Kali Terakhir Dikemas kini: [15/06/2019]

  1. AM

    1. 1.1 Dasar Privasi ini (“Dasar Privasi”) disediakan oleh Instapay TechnologiesSdn. Bhd. (“Instapay”, “kami”) berhubung dengan penggunaan laman web kami di https://www.instapaytech.com (“Laman Web”), aplikasi mudah alih kami (“App”) serta apa-apa dan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Instapay melalui Laman Web dan/atau App atau dengan cara lain perkhidmatan yang disediakan oleh Instapay, termasuk tetapi tidak terhad kepada e-dompet, pembayaran mudah alih, kad prabayar, kiriman wang dan perkhidmatan lain sebagaimana yang diperkenalkan oleh Instapay dari semasa ke semasa berhubung dengan LamanWebdan/atau App (secara kolektifnya, “Perkhidmatan”). Dasar Privasi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“APDP”).
    2. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Data Peribadi (seperti yang ditakrifkan menurut APDP) pengguna Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan (“anda”) akan dikumpul, digunakan dan dikongsi berkaitan dengan penggunaan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan oleh anda, asas perundangan kami untuk berbuat demikian serta hak dan pilihan anda berhubung dengan maklumat yang anda berikan kepada kami.
    3. Dengan mengakses atau menggunakan, atau terus mengakses atau menggunakan,Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini, dan anda membenarkan penggunaan Data Peribadi anda menurut Dasar ini.
    4. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, keraguan atau aduan tentang Dasar Privasi ini, atau jika anda ingin melaksanakan hak anda selaras dengan APDP, sila hubungi kami melalui surat berdaftar atau e-mel (yang mesti dihantar menggunakan alamat e-mel anda yang didaftarkan dengan kami kerana kami mungkin tidak memberikan respons kepada mana-mana pihak ketiga yang bertindak bagi pihak anda) di: -
    5. Instapay Technologies Sdn. Bhd.
      Unit 26-6, Aras 26, Q Sentral
      Jalan Stesen Sentral
      50470 Kuala Lumpur
      Malaysia
      Email: connect@instapaytech.com

  2. NOTIS

    1. Dasar Privasi ini merupakan notis bertulis selaras dengan APDP dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain Dasar Privasi ini, terma dalam versi bahasa Inggeris akan digunakan.
    2. Kami boleh mengubah suai, mengubah atau mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan apa-apa perubahan dalam amalKami boleh mengubah suai, mengubah atau mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan apa-apa perubahan dalam amalan privasi kami. Anda hendaklah melayari lamanini secara berkala untuk menyemak terma terkini Dasar Privasi ini supaya anda mengetahui apa-apa pengemaskinian terma yang mengikat anda. Jika kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel ke alamat e-mel yang anda daftarkan dengan kami atau memaparkan perubahantersebut pada laman ini dan mengemas kini tarikh “Kali Terakhir Dikemas kini” di bahagian atas laman ini sebagai tarikh perubahan ini berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan tidak akan terpakai secara retrospektif.
    3. Perkhidmatan kami tidakmenanganisesiapa di bawahumur 18 tahun. Kami tidakmengumpulmaklumatperibadidaripadakanak-kanak di bawah 18 tahun. Sekiranya kami mendapatibahawakanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahuntelahmemberikan kami maklumatperibadi, kami akansegeramemadamrekodpangkalan data mereka. Jikaandamerupakanibubapaataupenjaga dan menyedaribahawaanakandatelahmemberikan kami maklumatperibadi, silahubungi kami supaya kami dapatmengambiltindakan yang sewajarnya.
  3. HAK ANDA

    1. 3.1 Anda mempunyai hak berikut di bawah Dasar Privasi ini:

      (a) Hak untuk mengakses Data Peribadi anda. Hak ini membolehkan anda menerima satu salinan Data Peribadi tentang anda yang kami simpan.

      (b) Hak untuk membetulkan Data Peribadi anda. Hak ini membolehkan anda membetulkan mana-mana Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemas kini tentang anda yang kami simpan.

      (c) Hak untuk menarik balik kebenaran anda. Hak ini membolehkan anda menarik balik kebenaran yang anda berikan kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda. Jika anda menarik balik kebenaran anda, kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda, tetapi kami mungkin tidak dapat memberi anda akses kepada fungsi tertentu dalam Laman Web dan/atau App kami, atau menggunakan Perkhidmatan kami.

    2. Jika anda ingin melaksanakan hak anda seperti yang di atas, sila:

      (a) kemukakan permohonan anda secara bertulis kepada kami menurut perenggan 1.4 di atas;

      (b) berikan kepada kami maklumat secukupnya, atau kami boleh memohon maklumat lanjut, untuk kami mengesahkan identiti anda sebagai langkah keselamatan kami untuk memastikan Data Peribadi tidak didedahkan kepada mana-mana orang yang tidak berhak menerimanya; dan

      (c) nyatakan hak yang ingin anda laksanakan dan kenal pasti Data Peribadi yang berkaitan bagi tujuan ini.

    3. Kami akan berusaha memberikan respons terhadap semua permohonan yang munasabah dalam tempoh 21 hari dari tarikh kami menerima permohonan anda, melainkan permohonan anda sangat rumit atau anda telah membuat beberapa permohonan, yang dalam keadaan ini, kami akan memaklumkan kepada anda jika kami memerlukan tempoh lanjutan untuk memenuhi permohonan anda. Kebiasaannya, anda tidak perlu membayar fi untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, tetapi kami berhak mengenakan fi selaras dengan hak kami menurut APDP. Jika kami mempunyai alasan untuk menolak permohonan anda seperti yang dibenarkan menurut APDP, kami akan memaklumkan kepada anda alasan tersebut sewajarnya.
  4. PENGUMPULAN DATA

    1. Data Peribadi yang anda berikan kepada kami secara terus. Apabila anda menggunakan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan, kami boleh mengumpulkan Data Peribadianda melalui serahan secara sukarela anda. Kami boleh mengumpulkan dan menyimpan Data Peribadi tentang anda, iaitu maklumat yang boleh mengenal pasti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama penuh anda, alamat pos dan e-mel, maklumat perhubungan lain, maklumat pengenalan diri, maklumat pembayaran, dan maklumat lain yang berkaitan untuk kami menyediakanPerkhidmatan kami kepada anda, yang kami terima daripada anda melalui Laman Web, App, pusat khidmat pelanggan, laman media sosial, saluran jumpa terus atau saluran pengagihan dan saluran pengagihan lain. Apabila anda memberikan Data Peribadi kepada kami, anda bertanggungjawab memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

      Jika anda memberikan Data Peribadi kepada kami bagi pihak orang lain, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah memperoleh kebenaran daripada orang itu untuk memberikan Data Peribadi tersebut bagi pihaknya dan orang lain itu bersetuju bahawa anda boleh bertindak bagi pihak mereka untuk (i) memberikan kebenaran untuk memproses dan menggunakan Data Peribadi mereka menurut Dasar Privasi ini, (ii) menerima apa-apa notis perlindungan data, dan (iii) melihat atau menukar Data Peribadi mereka. Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan melepaskan kami (termasuk pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja, ejen, kontraktor atau anggota gabungan kami) daripada apa-apa tuntutan bahawa autoriti tersebut tidak wujud.

    2. Data peribadi daripada sumber pihak ketiga. Kami juga boleh mengumpulkan Data Peribadi anda yang tertentu daripada sumber pihak ketiga, contohnya, daripada agensi pelaporan kredit, laman media sosial, anggota gabungan kami, penyedia analisis, pengiklan, broker data, dan penyedia perkhidmatan pengesahan identiti dan pematuhan.
    3. Data Tidak Dapat Dikenal pasti atau Data Teragregat. Apabila anda berinteraksi dengan kami melalui Laman Web dan/atau App kami, kami boleh menerima dan menyimpan maklumat peribadi tertentu yang tidak dapat dikenal pasti. Maklumat tersebut, yang dikumpul secara pasif menggunakan pelbagai teknologi, tidak boleh pada masa ini digunakan untuk mengenal pasti anda secara khusus. Kami boleh menyimpan maklumat tersebut sendiri atau maklumat tersebut boleh dimasukkan dalam pangkalan data yang dimiliki dan diselenggarakan oleh anggota gabungan, ejen atau penyedia perkhidmatan kami. Kami boleh menggunakan maklumat tersebut dan mengumpulkannya dengan maklumat lain untuk mengetahui, contohnya, jumlah pelawat Laman Webatau App, bilangan pelawat bagi setiap laman dalam Laman Web atau App, nama domain penyedia perkhidmatan Internet pelawat kami, dan cara pengguna menggunakan dan berinteraksi dengan Laman Web atau App. Selain itu, dalam usaha berterusan untuk memahami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna Perkhidmatan kami, kami kerap menjalankan penyelidikantentang demografi, minat dan tingkah laku pelanggan kami berdasarkan Data Peribadi dan maklumat lain yang diberi kepada kami. Penyelidikan ini boleh disusun dan dianalisis berdasarkan agregat. Kami boleh berkongsi data tidak dapat dikenal pasti dan data teragregat tersebut dengan anggota gabungan, ejen dan rakan perniagaan kami, tetapi maklumat tidak dapat dikenal pasti dan teragregat jenis ini tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi. Kami juga boleh mendedahkan statistik pengguna teragregat untuk menerangkan tentang Perkhidmatan kami kepada rakan perniagaan kami yang sedia ada dan bakal rakan perniagaan kami, dan kepada pihak ketiga lain bagi tujuan sah yang lain. Walau bagaimanapun, jika kami menggabungkan atau mengaitkan data tidak dapat dikenal pasti atau data teragregat tersebut dengan Data Peribadi anda supaya ia boleh mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung, kami akan menganggap data gabungan itu sebagai Data Peribadi yang akan dikendalikan menurut Dasar Privasi ini.
  5. KEBENARAN DAN PENARIKAN DIRI

    1. Melalui interaksi dengan kami menggunakan Data Peribadi anda atau secara sukarela memberikan Data Peribadi anda kepada kami semasa menggunakan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kami, anda bersetuju dan membenarkan pemberian Data Peribadi anda dan cara Data Peribadi anda akan diuruskan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
    2. Anda boleh, melalui notis bertulis kepada kami, menarik balik kebenaran anda untuk memproses Data Peribadi anda dan kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda, memusnahkan atau memadamkan maklumat itu, atau menghapuskan cara yang melaluinya data boleh dikaitkan dengan anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh kami menerima notis anda, melainkan penyimpanan data itu adalah perlu bagi memenuhi keperluan undang-undang, kawal selia, perakaunan atau keperluan perniagaan yang lain atau melindungi kepentingan kami.
    3. Anda boleh menolak untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami. Jika anda memilih untuk tidak memberikan apa-apa Data Peribadi pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh kami, hal ini akan mengehadkan keupayaan anda untuk menggunakan ciri tertentu Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan itu, atau kami mungkin tidak dapat menyampaikanPerkhidmatan kami kepada andadengan memuaskan.
  6. PENGGUNAAN DATA

    1. Objektif utama kami mengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi adalah untuk menyediakan, memudahkan, menyenggarakan, menyesuaikan dan/atau menambah baik Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kami. Berikut ialah contoh yang lebih terperinci tentang tujuan berkaitan yang disebabkannya kami bolehmengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi anda (secara kolektifnya, “Tujuan”):

      (a) untuk menyediakan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan yang telah andalanggan dan memaklumkan kepada anda perubahan atau perkembangan penting pada cirinya;

      (b) untuk mengesahkan identiti atau latar belakang anda, termasuk saringan terhadap pangkalan data pihak ketiga atau sumber lain, bagi tujuan proses Kenali Pelanggan Anda;

      (c) untuk membolehkan perkongsian, pemindahan, pemerolehan semula, pengemaskinian dan pemprosesan Data Peribadi anda serta pewujudan profil ahli dan akaun pengguna antara syarikat berkaitan kami, anak syarikat anggota gabungan, anggota bersekutu dan rakan perniagaan, jika berkenaan, untuk membolehkan anda menerima dan menikmati perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan berkaitan dengan Perkhidmatan kami;

      (d) untuk menyempurnakan transaksi kami dengan anda dan transaksi anda melalui Perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemprosesan transaksi pembayaran anda, penghantaran pemberitahuan kepada anda dan pengurusan akaun anda, dan bagi tujuan pengoperasian dan pentadbiran yang lain;

      (e) untuk mengemas kini dan menguruskan ketepatan pangkalan data dan rekod pelanggan kami;

      (f) untuk menghantar maklumat tentang produk, perkhidmatan, program (contohnya program kesetiaan, jika berkenaan) kami kepada anda atau transaksi yang telah anda lakukan dengan kami, dan tawaran promosi istimewa, program (contohnya program kesetiaan), surat berita atau borang kaji selidik dan soal selidik pelanggan;

      (g) untuk menilai dan menganalisis skor tingkah laku, pasaran, produk dan analisis trend dan penyelidikan pasaran (jika berkenaan);

      (h) untuk menjalankan aktiviti dalaman, pentadbiran, pengoperasian, pemasaran, perancangan, pembangunan produk atau perkhidmatan, penyelesaian masalah dan keperluan penyelidikan;

      (i) untuk menguruskan penyertaan anda dalam peraduan atau kempen yang boleh kami anjurkan dari semasa ke semasa;

      (j) untuk memberi anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami dan maklumat berkaitan dengan syarikat, anggota gabungan, anak syarikat, anggota bersekutu dan rakan perniagaan (jika berkenaan) untuk jualan silang, pemasaran dan promosi, termasuk mengendalikan tawaran dan pertandingan, mendorong penglibatan berhubung dengan Perkhidmatan kami dan produk serta perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda berdasarkan interaksi anda dengan kami. Komunikasi tersebut mungkin dalam bentuk mel pos, e-mel, pesanan teks, saluran media sosial, surat berita, brosur atau komunikasi bercetak atau digital yang lain;

      (k) bagi tujuan komunikasi dan untuk memastikan kepuasan pelanggan, yang mungkin termasuk menyediakan sokongan pelanggan, menghubungi anda berhubung dengan apa-apa aduan, maklum balas, pertanyaan atau permohonan atau menyelesaikan pertikaian secara umum, menjalankan kaji selidik untuk penambahbaikan produk dan perkhidmatan kami, atau menguatkuasakan terma dan syarat kami berkaitan dengan Laman Web, App atau Perkhidmatan kami;

      (l) untuk langkah keselamatan, termasuk mengelakkan, mengesan atau mendakwa jenayah; untuk memudahkan penyiasatan terhadap apa-apa aktiviti meragukan atau menyalahi undang-undang dalam Laman Web atau App atau berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami; dan selainnya mematuhi obligasi undang-undang dan kawal selia;

      (m) untuk menyenggara sejarah akaun kad anda sebagai rujukan pada masa kini dan masa hadapan (jika ada);

      (n) untuk membolehkan pemegang serah hak Instapay yang sebenar atau yang dicadangkan, atau peserta atau subpeserta Instapay menilai transaksi anda yangakan menjadi subjek bagi penyerahan hak, penyertaan atau subpenyertaan (jika ada);

      (o) untuk melindungi kepentingan kami dan tujuan sampingan atau berkaitan yang lain;

      (p) untuk tujuan lain seumpamanya seperti yang dinyatakan dalam apa-apa terma dan syarat lain (termasuk terma dan syarat produk) serta terma dan syarat kempen (jika berkaitan); dan

      (q) untuk apa-apa tujuan yang dimaklumkan kepada anda semasa pengumpulan Data Peribadi anda.

    2. Jika kami ingin menggunakan, mengendalikan atau memproses Data Peribadi anda dalam apa-apa cara yang tidak selaras dengan Tujuan ini, anda akan dimaklumkan menurut perenggan 2.2 di atas.
    3. Anda boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran daripada kami dengan menghubungi kami (lihat perenggan 1.4 di atas) dan kami akan memastikan supaya nama anda dikeluarkan daripada senarai mel kami.
    4. Sila ambil maklum bahawa Instapay perlu memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan yang tanpanya, Instapay tidak dapat menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta daripada kami atau melakukan dan/atau melaksanakan apa-apa Tujuan itu. Jika anda gagal atau menolak untuk memberi kami Data Peribadi seperti yang diminta, kami mungkin tidak dapat menjalankan dan/atau melaksanakan apa-apa Tujuan. Jika anda gagal atau enggan memberikan Data Peribadi kepada kami seperti yang diminta, kami mungkin tidak dapat menjalankan dan/atau melaksanakan apa-apa Tujuanitu dan mungkin perlu menghentikan penyediaan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kepada anda. Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan maklumat peribadi dan kewangan berhubung dengan orang lain (contohnya pemohon bersama, pasangan, pihak berkaitan dan/atau orang untuk dihubungi ketika kecemasan, benefisiari, penerima) bagi Tujuan berkenaan. Dalam hal sedemikian, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah memperoleh kebenaran mereka atau selainnya berhak memberikan maklumat mereka kepada Instapay.
  7. PENGGUNAAN KUKI DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA

    1. Kuki

      Bagi menambah baik Perkhidmatan kami, kami boleh mengumpulkan data melalui kuki. Kuki ialah fail teks kecil yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun secara automatik ke dalam komputer anda (atau peranti elektronik lain) semasa anda mengakses Laman Web/App. Kuki membantu kami mengukur bilangan pelawat, purata masa yang diambil, laman yang dilayari dan statistik lain berkaitan dengan akses anda ke Laman Web/App. Maklumat ini membolehkan kami mentadbirLaman Web/App dengan lebih baik, dan memberikan perkhidmatan yang lebih khusus dan mesra pengguna. Kuki juga membolehkan anda menggunakan atau mengakses ciri atau perkhidmatan tertentu Laman Web/App. Setiap kali anda melayariLaman Web/App daripada komputer atau peranti yang sama, kuki akan didapatkan kembali daripada komputer atau peranti anda, membolehkan Laman Web/App mengecam komputer atau peranti anda sebagai pernah melawati Laman Web/App itu sebelum ini dan dengan itu meningkatkan fungsi Laman Web/App pada komputer atau peranti anda. Dengan demikian, secara umumnya, kami menggunakan kuki untuk:

      (a) mengecam pelayar anda sebagai pelawat sebelum ini dan menyimpan apa-apa pilihan yang mungkin telah ditetapkan semasa kali terakhir anda melayariLaman Web/App;

      (b) menyimpan sesi anda dan butiran yang diperlukan semasa proses permohonan, langganan, pendaftaran dan semasa transaksi (kuki sesi);

      (c) mendapatkan maklumat tentang pilihan, pergerakan dalam talian dan penggunaan Internet anda;

      (d) menjejak analisis laman web dan menjalankan penyelidikan dan analisis statistik untuk membantu menambah baik kandungan, produk dan perkhidmatan kami serta membantu kami memahami keperluan dan minat pelawat atau pelanggan kami dengan lebih baik;

      (e) menyesuaikan dan menyasarkan kempen pemasaran dan pengiklanan kami dan kempen rakan perniagaan kami dengan lebih berkesan melalui pengiklanan berasaskan Internet bersifat peribadi;

      (f) mengukur dan mengkaji keberkesanan kandungan interaktif dalam talian, ciri, pengiklanan dan komunikasi kami yang lain;

      (g) menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih lancar dan menyeronokkan.

      Maklumat yang kami peroleh daripada penggunaan kuki biasanya tidak mengandungi Data Peribadi anda. Walaupun kami mungkin memperoleh maklumat tentang komputer anda atau peranti elektronik lain seperti alamat IP, pelayar anda dan/atau maklumat log Internet yang lain, maklumat ini biasanya tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi.

      Dalam kebanyakan keadaan, kami akan mendapatkan kebenaran anda untuk menggunakan kuki dalam Laman Web/App. Pengecualian berlaku apabila kuki benar-benar diperlukan untuk membolehkan kami mengendalikan Laman Web/App dan/atau untuk menyediakan perkhidmatan yang telah anda minta. Kebanyakan pelayar web dan peranti boleh ditetapkan untuk memaklumkan kepada anda bila anda menerima kuki atau untuk mengelakkan kuki dihantar. Jika anda menggunakan ciri ini, anda mungkin mengehadkan fungsi yang kami boleh berikan kepada anda semasa anda melayariLaman Web/App. Anda bebas untuk menyekat, memadamkan atau melumpuhkan kuki jika peranti anda membenarkannya. Anda boleh menguruskan kuki anda dan pilihan kuki anda dalam tetapan pelayar atau peranti anda.

    2. Kuki Pihak Ketiga

      Kuki pihak ketiga ditetapkan oleh laman pihak ketiga yang berasingan daripada Laman Web/App. Kami boleh bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang diberi kebenaran untuk menempatkankuki pihak ketiga dan juga boleh menetapkankuki pada Laman Web/App. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga ini bertanggungjawab terhadap kuki yang merekatempatkan padaLaman Web/App. Jika anda inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web pihak ketiga yang berkaitan. Jika anda ingin memilih untuk tidak menerima segala jenis teknologi lain yang kami gunakan pada Laman Web/App, anda boleh melakukannya dengan menukar tetapan pelayar web anda untuk menyekat, memadamkan atau melumpuhkan teknologi ini seperti yang dibenarkan oleh pelayar atau peranti anda.

    3. Fail Log

      Maklumat fail log dilaporkan secara automatik oleh pelayar anda setiap kali anda mengakses laman web. Apabila anda menggunakan Laman Web/App, pelayan kami akan merekodkan secara automatik maklumat tertentu yang dihantar oleh pelayar web anda pada bila-bila masa anda melayari mana-mana laman web. Log pelayan ini mungkin termasuk maklumat seperti permohonan web anda, alamat Protokol Internet, jenis pelayar, laman dan URL rujukan/keluar, bilangan klik, nama domain, laman capaian, laman yang dilayari dan maklumat lain seumpamanya.

    4. Maklumat GIF Kosong (Penanda Web)

      Apabila anda menggunakan Laman Web/App, kami boleh menggunakan GIF kosong (juga dikenali sebagai penanda web atau piksel penjejak) untuk menjejak pola penggunaan dalam talian tanpa diketahui. Tiada maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi dikumpul menggunakan GIF kosong ini. Selain itu, kami juga boleh menggunakan GIF kosong dalam e-mel berasaskan HTML yang dihantar kepada pengguna kami untuk menjejak e-mel yang dibuka oleh penerima. Maklumat yang dikumpul digunakan untuk membolehkan laporan yang lebih tepat dibuat dan menjadikan Laman Web/App lebih baik untuk pengguna.

  8. PENDEDAHAN MAKLUMAT

    1. Kami juga boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan peniagaan kami yang mempunyai hubungan komersil bagi Tujuan itu, untuk pemasaran, pengiklanan dan tujuan berkaitan, melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu kami mendedahkannya kepada pihak ketiga tersebut bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan.
    2. Penyedia perkhidmatan kami menyediakan sokongan untuk Perkhidmatan kami, termasuk, sebagai contoh, pembangunan laman web dan aplikasi, pengehosan, penyelenggaraan, keselamatan, sandaran fail, penyimpanan, infrastruktur maya, pemprosesan pembayaran, analisis, pengesahan identiti, semakan latar belakang dan pematuhan, perkhidmatan perbankan, dan perkhidmatan lain kepada kami, yang mungkin menghendaki mereka mengakses atau menggunakan Data Peribadi tentang anda. Pihak ketiga ini dilarang daripada menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan urusan atau perkhidmatan mereka.
    3. Kami juga boleh memberikan Data Peribadi kepada agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia (termasuk Bank Negara Malaysia) sama ada yang berada di dalam atau di luar Malaysia bagi Tujuan atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai atau diberikan melalui kerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa kerajaan.
    4. Dalam mengembangkan perniagaan kami, kami mungkin menjual atau membeli perniagaan atau aset. Sekiranya berlaku penjualan korporat, penggabungan, penyusunan semula, pembubaran atau keadaan seumpamanya, Data Peribadi boleh menjadi sebahagian daripada aset yang dipindahkan.
    5. Kami juga boleh berkongsi Data Bukan Peribadi (seperti data penggunaan tanpa nama, laman dan URL rujukan/keluar, jenis platform, bilangan klik dan sebagainya) dengan pihak ketiga yang berminat untuk membantu mereka memahami pola penggunaan bagi Perkhidmatan tertentu atau menjalankan penyelidikan bebas berdasarkan data penggunaan tanpa nama tersebut.
    6. Jika anda memohon supaya kami menghapuskan Data Peribadi anda untuk melaksanakan hak anda, kami akan menyampaikan permohonan itu kepada mana-mana pihak ketiga yang dengannya kami telah berkongsi data anda. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau menghapuskan Data Peribadi anda yang diperoleh mana-mana pihak ketiga yang maklumat anda telah kami berikan kepada mereka sebelum ini menurut Dasar Privasi ini atau mana-mana pihak ketiga yang telah anda berikan maklumat tersebut kepada mereka (sama ada dengan berkongsi log masuk dan kata laluan anda, atau dengan cara lain).
    7. Penerima Data Peribadi anda boleh berada di luar Malaysia. Anda bersetuju bahawa kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada orang atau organisasi yang berada di luar Malaysia selagi Data peribadi itu dikendalikan menurut Dasar Privasi ini dan semua undang-undang yang terpakai.
  9. TEMPOH PENYIMPANAN

    Data Peribadi yang anda berikan akan dikekalkan dan disimpan selagi data itu masih diperlukan, melainkan anda memohon supaya kami menghapuskan Data Peribadi anda untuk melaksanakan hak anda. Kami kemudiannya akan memusnahkan atau memadamkan maklumat, atau menghapuskan cara yang boleh mengaitkan data itu kepada anda, melainkan penyimpanannya dikehendaki untuk memenuhi keperluan undang-undang, kawal selia, perakaunan atau perniagaan yang lain atau untuk melindungi kepentingan kami. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak data yang kami simpan secara berkala, dan memadamkan atau menjadikannya tanpa nama setelah kami tidak lagi memerlukannya.

  10. KESELAMATAN

    1. Kami menggunakan perlindungan fizikal, pengurusan dan teknikal bertaraf industri untuk menjaga integriti dan keselamatan Data Peribadi anda daripada kehilangan, salah guna dan pengaksesanatau pengumpulan tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan, atau pemusnahan. Kami mengehadkan akses kepada Data Peribadi anda kepada pekerja yang mempunyai keperluan perniagaan untuk mendapatkan akses tersebut. Semua individu tersebut tertakluk kepada tanggungjawab kontraktual berhubung dengan kerahsiaan. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami atau memberikan jaminan bahawa maklumat yang anda berikan melalui Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kami tidak boleh diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan melalui pelanggaran apa-apa perlindungan fizikal, pengurusan atau teknikal kami. Walaupun kami akan melaksanakan segala usaha wajar untuk melindungi Data Peribadi, anda maklum bahawa penggunaan Internet tidak benar-benar selamat dan atas sebab ini, kami tidak dapat menjamin keselamatan atau integriti mana-mana Data Peribadi yang dipindahkan daripada anda atau kepada anda melalui Internet.
    2. Dengan memberikan Data Peribadi kepada kami atau dengan cara lain menggunakan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kami, anda membenarkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi ke tempat kemudahan pelayan, pangkalan data pusat dan sistem kami berada dan/atau beroperasi, yang mungkin terletak di luar Malaysia, negara tempat tinggal anda atau di tempat anda mengakses Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kami untuk memberikan Data Peribadi.
  11. PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN

    1. Kami boleh memantau dan merekodkan komunikasi dengan anda (seperti perbualan telefon dan e-mel) bagi tujuan jaminan kualiti, latihan, pencegahan fraud dan pematuhan.
    2. Bagi pencegahan fraud dan pengubahan wang haram, kami boleh membuat carian fail rujukan kredit daripada agensi pencegahan fraud (yang akan merekodkan carian). Jika anda memberikan maklumat yang salah atau tidak tepat dan kami mengesyaki fraud, kami boleh mendedahkan maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kepada agensi tersebut dan jika keadaan membenarkannya, kami boleh melaporkan kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.
    3. Kami boleh menyimpan kandungan apa-apa e-mel atau “Hubungi Kami” atau pesanan elekronik lain yang kami terima daripada anda. Apa-apa Data Peribadi yang terkandung dalam pesanan berkenaan hanya akan digunakan atau didedahkan mengikut cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kandungan pesanan boleh dipantau oleh penyedia perkhidmatan atau pekerja kami untuk tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan, pengauditan dan penyelenggaraan atau jika disyaki berlakupenyalahgunaan e-mel.
  12. PENGECUALIAN

    1. Dasar Privasi ini terpakai kepada semua pengguna Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan kami sahaja. Walaupun anda mungkin menjumpai pautan pada Laman Web/App ke laman web lain, seperti laman web yang berkaitan dengan rakan kongsi pihak ketiga kami, pengiklan dan pihak lain yang bekerjasama dengan kami (“Platform Pihak Ketiga”), Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada aktiviti Platform Pihak Ketiga tersebut yang boleh mengumpulkan Data Peribadi anda semasa anda mengakses atau menggunakan perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Amalan privasi pihak ketiga berkenaan tidak terangkum dalam Dasar Privasi ini. Pautan daripada Laman Web/App bukan menandakan bahawa kami mengesahkan atau telah menyemak dasar Platform Pihak Ketiga tersebut. Kami menasihati anda supaya menghubungi platform berkenaan secara terus untuk mendapatkan maklumat tentang terma dan syarat atau dasar mereka.
    2. Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada apa-apa maklumat tidak diminta yang anda berikan kepada kami melalui Laman Web, App atau apa-apa cara lain. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada maklumat yang dihantar kepada mana-mana ruang awam dalam Laman Web/App seperti papan pesanan, apa-apa cadangan atau maklum balas, dan apa-apa pemberian tidak diminta (secara kolektifnya, “Maklumat Tidak Diminta”). Semua Maklumat Tidak Diminta hendaklah dianggap sebagai bukan rahsia dan kami bebas untuk mengeluarkan semula, menggunakan, mendedahkan, mengedarkan dan mengeksploitasikan Maklumat Tidak Diminta tersebut tanpa batasanatau pengelasan.
  13. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI DAN BIDANG KUASA

    Tanpa mengira negara di mana anda mengakses atau menggunakan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Dasar Privasi ini hendaklah dikawal menurut undang-undang Malaysia tanpa mengira pilihan atau percanggahan prinsip undang-undang, dan anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa khusus mahkamah Malaysia untuk menyelesaikan apa-apa tuntutan atau pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan Dasar Privasi ini.