Kali Terakhir Dikemaskinikan: [17/12/2019]
“Akaun” bermaksud akaun dompet elektronik yang diwujudkan oleh atau untuk Pengguna bagi menggunakan Perkhidmatan;
“Had Akaun” bermaksud jumlah wang maksimum yang boleh disimpan dalam Akaun pada satu-satu masa, iaitu RM5,000.00 sahaja, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut Fasal 4.1 dan 4.2 di bawah dan seperti yang mungkin disemak semula oleh Instapay dari semasa ke semasa;
“Pengaktifan” bermaksud titik masa apabila Akaun diaktifkan untuk digunakan;
“Undang-undang AML/CFT” bermaksud Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 Malaysia;
“App” bermaksud aplikasi perisian yang dinamakan sebagai “Instapay” atau nama lain seumpamanya seperti yang akan ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa, yang dimuat turun ke dalam dan digunakan dalam Peranti Mudah Alih;
“Undang-undang Terpakai” bermaksud dan merangkumi semua statut, enakmen, akta undang-undang atau parlimen, undang-undang, ordinan, kaedah, undang-undang kecil, peraturan, pemberitahuan, garis panduan, dasar, arahan, penentuan, perintah, writ, dekri, injunksi, penghakiman, award atau aturan bagi mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, tribunal, lembaga, mahkamah, dan jika berkenaan, perjanjian dan peraturan antarabangsa, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa dan termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, (c) Akta Wang Tak Dituntut 1965, dan (f) kaedah, peraturan atau perintah daripada Bank Negara Malaysia;
“Baki yang Ada” bermaksud jumlah wang yang ada dalam Akaun yang sedia digunakan oleh Pengguna Akaun itu tertakluk kepada Had Akaun dan Had Transaksi Harian;
“Pengesahan” or “Disahkan” bermaksud pengesahan yang dihantar oleh Pengguna kepada Instapay yang membenarkan transaksi tertentu berlaku atau dibuat oleh Pengguna itu, menurut kaedah yang ditentukan tersebut yang ditetapkan oleh Instapay dari semasa ke semasa;
“Bank” bermaksud bank yang diberi kuasa yang dilantik oleh Instapay untuk bertindak sebagai ejen kiriman wang bagi Perkhidmatan;
“BNM” bermaksud Bank Negara Malaysia;
“Hari Perniagaan” bermaksud mana-mana hari apabila bank perdagangan dibuka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia kecuali pada setiap hari Sabtu, Ahad dan hari yang diwartakan atau diisytiharkan oleh kerajaan atau kerajaan negeri sebagai hari kelepasan am di Malaysia;
“Khidmat Pelanggan” bermaksud ejen khidmat pelanggan Instapay yang boleh dihubungi di talian 1300 13 5678 atau: connect@instapaytech.com;
“Had Transaksi Harian” bermaksud had harian yang dikenakan pada Transaksi yang berkaitan dalam mana-mana satu (1) hari kalendar menurut Fasal 4.5 di bawah;
“Hak Harta Intelektual” bermaksud semua hak harta intelektual (sama ada berdaftar ataupun tidak), termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta (termasuk hak cipta perisian komputer), paten, logo, tanda dagangan atau nama perniagaan, hak reka bentuk, hak pangkalan data, pengetahuan, rahsia perdagangan dan hak kerahsiaan;
“Instapay” bermaksud INSTAPAY TECHNOLOGIES SDN BHD (No. Syarikat: 1233660-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
“kad Instapay” bermaksud kad tunai elektronik prabayar yang dikeluarkan oleh Instapay;
“KYC” bermaksud proses “Know Your Customer” atau “Kenali Pelanggan Anda” seperti yang ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa;
CDD” bermaksud proses “Customer Due Diligence” atau “Pelaksanaan Usaha Wajar Pelanggan” seperti yang ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa
“Isian Semula Manual” bermaksud ciri pada App yang membenarkan Pengguna mengisi semula Akaun mereka secara manual sehingga Had Akaun yang ditentukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada melalui (i) kad debit atau kredit, (ii) perbankan dalam talian, (iii) JomPAY, atau (iv) apa-apa kaedah lain yang boleh ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa
“Peranti Mudah Alih” bermaksud peranti pengiraan atau telekomunikasi mudah alih dan tanpa wayar dengan aksesori termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon pintar dan tablet pegang;
“Pemindahan Wang” bermaksud perkhidmatan yang membolehkan Pengguna memindahkan wang daripada Akaun mereka ke Akaun Pengguna lain atau akaun pihak ketiga yang lain, atau menerima wang ke dalam Akaun mereka daripada Akaun Pengguna lain atau akaun pihak ketiga yang lain;
“Kedai yang Menyertai” bermaksud kedai yang ditetapkan oleh Instapay untuk menjual barang dan/atau perkhidmatan dengan menerima pembayaran melalui App;
“Kedua-dua Pihak” bermaksud secara kolektif Instapay dan anda, dan rujukan terhadap “Pihak” bermaksud mana-mana satu daripadanya;
“Pembayaran” bermaksud pembayaran untuk membeli barang dan/atau perkhidmatan (termasuk pembayaran kepada Kedai yang Menyertai) melalui laman web dalam talian (e-dagang), aplikasi telefon bimbit, kod QR statik, pembayaran di terminal tempat jualan (POS), dan apa-apa kaedah pembayaran lain untuk barang dan/atau perkhidmatan;
“Data Peribadi” bermaksud maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Pengguna, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon dan maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti, yang dikumpulkan oleh Instapay untuk menyediakan Perkhidmatan;
“Sistem Platform” bermaksud sistem teknologi yang mendasari App yang digunakan oleh Instapay untuk menyediakan Perkhidmatan;
“Dasar Privasi” bermaksud dasar privasi yang disediakan oleh Instapay seperti yang diterbitkan dalam App, Laman Web atau selainnya yang dikemukakan kepada anda, yang menetapkan cara Data Peribadi Pengguna akan dikumpulkan, digunakan dan dikongsi;
“Isian Semula” bermaksud mendepositkan wang ke dalam Akaun (tertakluk kepada Had Akaun) melalui Saluran Isian Semula/Pembayaran bagi membolehkan Pengguna menggunakan Perkhidmatan;
“Saluran Isian Semula / Pembayaran” bermaksud saluran tertentu (termasuk tetapi tidak terhad kepada kaunter perkhidmatan yang berkaitan, dan Isian Semula Manual) yang ditetapkan oleh Instapay untuk Pengguna Mengisi Semula dan/atau melakukan transaksi Pembayaran;
“Servis” bermaksud peruntukan Akaun yang disediakan oleh Instapay melalui App yang membolehkan Pengguna melakukan Transaksi;
“Laman Web” bermaksud laman web Instapay di https://www.instapaytech.com
“Terma dan Syarat” atau “Perjanjian” bermaksud terma dan syarat bagi Perkhidmatan ini seperti yang boleh diubah atau diubah suai dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Instapay;
“Transaksi” bermaksud transaksi yang dilakukan oleh Pengguna melalui Perkhidmatan termasuk, tetapi tidak terhad kepada (i) Pembayaran, (ii) Isian Semula, (iii) Pemindahan Wang atau (iv) apa-apa perkhidmatan lain yang mungkin diperkenalkan oleh Instapay dari semasa ke semasa
“Pengguna” atau “anda” bermaksud orang yang mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan, dan rujukan kepada “Pengguna” bermaksud mana-mana satu daripadanya.
Dalam Terma dan Syarat ini, melainkan konteks menghendaki sebaliknya:
rujukan terhadap peruntukan berkanun hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada peruntukan tersebut seperti yang telah digantikan, dipinda atau digubal semula sewajarnya (sama ada sebelum atau selepas tarikh tersebut) dari semasa ke semasa dan hendaklah termasuk apa-apa peruntukan yang digubal semula (sama ada dengan atau tanpa pengubahsuaian) dan apa-apa perundangan kecil yang dibuat di bawah peruntukan tersebut setakat pengubahsuaian atau penggubalan semula itu terpakai atau boleh digunakan dalam apa-apa transaksi yang dilakukan mengikut Terma dan Syarat ini dan (setakat liabiliti di bawah peruntukan ini mungkin wujud atau boleh timbul) hendaklah termasuk apa-apa peruntukan atau peraturan berkanun yang lampau (seperti yang diubah suai atau digubal semula dari semasa ke semasa) apabila peruntukan atau peraturan tersebut digantikan secara langsung atau tidak langsung;
tajuk fasal hanya untuk kemudahan sahaja dan tidak akan menjejaskan tafsiran Terma dan Syarat ini;
melainkan konteks menghendaki atau membenarkan sebaliknya, rujukan kepada mufrad hendaklah termasuk rujukan kepada jamak dan begitu juga sebaliknya; dan perkataan yang menunjukkan apa-apa jantina hendaklah termasuk semua jantina;
rujukan terhadap “orang” (atau perkataan yang membawa maksud orang) hendaklah ditafsirkan untuk termasuk individu, firma, perkongsian, amanah, usaha sama, syarikat, perbadanan, badan korporat, badan tidak diperbadankan, persatuan, organisasi, mana-mana kerajaan, atau negeri atau mana-mana agensi kerajaan atau negeri, atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau perbandaran atau badan kerajaan yang lain (sama ada dalam setiap kes mempunyai ciri undang-undang yang berasingan atau tidak).
Untuk menggunakan Perkhidmatan, anda dikehendaki memuat turun App ke dalam Peranti Telefon Bimbit anda dan mendaftarkan Akaun dengan Instapay menurut proses dan prosedur aplikasi Instapay. Jika anda memilih untuk mendaftarkan Akaun, anda bersetuju dan membenarkan untuk memberikan dan memastikan maklumat atau dokumen tentang anda adalah benar, tepat, terkini dan lengkap seperti dan apabila diminta oleh Instapay bagi tujuan pengesahan identiti, latar belakang dan aktiviti perniagaan anda, serta menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Dengan ini, anda memberikan kebenaran kepada Instapay untuk mengumpulkan, menyimpan, mengekalkan, memproses dan menggunakan Data Peribadi yang anda berikan kepada Instapay menurut Dasar Privasi, dan membenarkan Instapay melaksanakan KYC atau pemeriksaan identiti dan latar belakang anda melalui pangkalan data pihak ketiga (contohnya, CTOS) atau sumber lain yang sah di sisi undang-undang. Anda boleh memilih untuk menolak daripada memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang mungkin diminta oleh Instapay atau menarik balik kebenaran anda terhadap apa-apa pemberian kuasa, tetapi ia mungkin menyebabkan Instapay tidak dapat memproses atau meluluskan permohonan anda untuk mendaftarkan Akaun atau menyediakan Perkhidmatan kepada anda.
Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, Instapay boleh mengikut budi bicara mutlaknya untuk melaksanaan Usaha Wajar Pelanggan yang standard dan mengumpul maklumat data peribadi anda seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan/ No Paspot / Dokumentasi Pengenalan rasmi, Alamat kediaman dan Alamat surat-menyurat, Tarikh Lahir, Kewarganegaraan, Pekerjaan, Nama majikan/Sifat perniagaan, dan maklumat tujuan transaksi. Pengguna Akaun dikehendaki memenuhi kriteria di atas agar layak untuk urus niaga penghantaran wang.
Anda hanya boleh menggunakan Perkhidmatan selepas Pengaktifan dan mengikut Terma dan Syarat ini sepenuhnya.
App dan Perkhidmatan hanya boleh digunakan pada Peranti Telefon Bimbit anda dan untuk kegunaan peribadi anda semata-mata sebagai pengguna Akaun berdaftar. Apa-apa arahan, pengesahan dan/atau komunikasi yang dihantar dari Peranti Telefon Bimbit anda melalui Akaun anda hendaklah dianggap telah anda hantar dan/atau kirim tanpa mengambil kira sama ada anda atau pihak ketiga yang sebenarnya telah menghantar arahan, pengesahan dan/atau komunikasi tersebut, sama ada dibenarkan atau sebaliknya, yang dalam kes ini Instapay hendaklah menganggap bahawa Perkhidmatan telah diakses secara sah di sisi undang-undang dan Transaksi yang dilakukan adalah sah. Anda hendaklah secara peribadi bertanggungan dan bertanggungjawab terhadap penggunaan Akaun anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua transaksi yang dijalankan dan/atau dilakukan menggunakan Akaun itu sebaik sahaja transaksi berkenaan telah Disahkan tanpa mengambil kira sama ada anda yang menjalankan dan/atau melakukan transaksi itu melainkan boleh ditunjukkan bahawa transaksi tersebut dilakukan secara salah disebabkan oleh ralat pada pihak Instapay. Rekod semua Transaksi yang Disahkan melalui kaedah yang ditetapkan akan mengikat dan menjadi keterangan muktamad bagi Transaksi anda.
Instapay berhak untuk tidak menerima, menyingkirkan dan/atau menolak apa-apa permohonan untuk mendaftarkan Akaun mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan apa jua sebab, dan keputusan Instapay adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
Akaun anda tidak boleh dipindah milik atau diserah hak kepada mana-mana pihak ketiga dan anda hendaklah menggunakannya secara eksklusif. Anda tidak boleh mencagarkan atau menggunakan Akaun anda dalam apa jua cara sebagai apa-apa bentuk instrumen sekuriti bagi apa jua tujuan.
Tertakluk kepada pematuhan anda secara berterusan terhadap Terma dan Syarat ini, Instapay memberikan hak terhad, boleh batal, bukan eksklusif, tidak boleh dipindah milik kepada anda untuk menggunakan App semata-mata untuk tujuan peribadi, bukan komersil anda dan mematuhi Terma dan Syarat ini. Semua hak yang tidak diberi secara nyata kepada anda mengikut Terma dan Syarat ini adalah milik Instapay, dan semua penggunaan App dan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan dengan nyata di bawah dokumen ini adalah dilarang.
Anda akan diberikan produk berikut jikalau status pendaftaran anda berjaya:
Produk | Kaedah Pendaftaran |
---|---|
Akaun Instapay | Daftar Sendiri – Muat turun aplikasi mudah alih dah muat naik dokumen yang diperlukan |
Pendaftaran Bersemuka – Bertemu dengan wakil dan menyerahkan Borang Permohonan yang lengkap Bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan |
Anda akan diberikan Had Akaun seperti yang berikut:
Produk | Had Akaun |
---|---|
Akaun Instapay | RM10,000 ((Ringgit Malaysia Lima Ribu) - anda mesti memenuhi kriteria kelayakan dan keperluan KYC yang ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa. |
(Nota: Ciri Aplikasi tertentu hanya mungkin diaktifkan untuk pelanggan yang bersemuka dengan wakil Instapay) |
Anda hendaklah sentiasa menyemak wang yang tersimpan dalam Akaun anda kerana anda hanya boleh menyimpan jumlah wang tersebut dalam Akaun anda setakat Had Akaun yang berkenaan. Jika jumlah wang dalam Akaun anda mencapai Had Akaun, anda tidak boleh menerima wang masuk seterusnya ke dalam Akaun anda melebihi Had Akaun sehingga wang yang tersimpan dikurangkan di bawah Had Akaun melalui penggunaan, pengeluaran atau pemindahan. Apa-apa wang masuk melebihi Had Akaun akan ditahan oleh Instapay selama tempoh maksimum tiga puluh (30) hari sehingga wang tersebut boleh dikreditkan ke dalam Akaun anda setakat Had Akaun yang ditetapkan, tetapi apa-apa lebihan baki yang tidak dikreditkan ke dalam Akaun anda kerana melebihi Had Akaun, wang itu akan dikembalikan kepada pemindah atau pembayar wang tersebut.
Berikut adalah had dan fungsi yang boleh digunakan mengikut akaun:
Fungsi Akaun | Akaun Instapay |
---|---|
Transaksi Pembelian | Yes |
Pembiayaan dari Akaun Bank Sendiri | Yes |
Pemindahan ke Akaun Bank Sendiri | Yes |
Kad Pra-Bayar | Yes* |
Had dompet | RM10,000 |
*Kad Prabayar akan diberikan jika anda tambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke dompet atau seperti yang ditentukan oleh Instapay
penggunaan Perkhidmatan atau Transaksi melanggar apa-apa peruntukan Terma dan Syarat ini; atau
Instapay mengesyaki arahan mungkin dikeluarkan melalui penipuan atau mendapati penggunaan Perkhidmatan atau Transaksi menimbulkan risiko kepada Sistem Platform.
Semasa menggunakan Perkhidmatan, anda hendaklah:
memuat turun dan memasang App rasmi daripada Google Playstore dan/atau Apple iOS Store sahaja dan bukan daripada apa-apa sumber lain, dan jika gagal berbuat demikian, anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi yang berkaitan dengannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kerugian kewangan dan/atau maklumat;
bertanggungjawab terhadap semua kelengkapan yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan dan App (termasuk memastikan keserasian Peranti Mudah Alih anda dengan Sistem Platform dan apa-apa perubahan atau pengemaskinian padanya). Jika anda memuat turun dan memasang App ke dalam apa-apa peranti yang diubah suai secara tidak sah contohnya seperti peranti pecah sekat (jailbroken device), peranti berpunca (rooted device) atau apa-apa peranti yang telah diubah dalam apa jua cara sekalipun, anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi yang berkaitan dengannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kerugian kewangan dan/atau maklumat;
merahsiakan maklumat yang berkaitan dengan Akaun anda, termasuk Data Peribadi, kata laluan dan maklumat log masuk pada setiap masa, dan hendaklah mengambil semua langkah bagi mengelakkan pendedahan maklumat tersebut dan pengaksesan atau penggunaan Akaun anda yang tidak dibenarkan. Anda hendaklah bertanggungjawab dan bertanggungan sepenuhnya terhadap apa-apa penggunaan dan penyalahgunaan Akaun anda serta semua aktiviti yang berlaku di bawah Akaun anda;
memastikan semua maklumat dan data yang diberi kepada Instapay termasuk Data Peribadi adalah benar, tepat, terkini dan lengkap pada setiap masa, dan segera mengemaskinikan maklumat dan data tersebut jika terdapat apa-apa perubahan padanya. Walau apa pun dan dengan apa cara sekali pun Instapay tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap anda bagi apa-apa maklumat dan data yang tidak tepat dan tidak lengkap yang diberi kepada Instapay;
mematuhi semua notis atau arahan yang diberikan oleh Instapay dari semasa ke semasa berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan dan App;
bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap semua penggunaan dan semua pembayaran fi, caj, cukai dan duti kerana menggunakan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembayaran semua fi, caj, cukai dan duti bagi pembelian produk dan/atau perkhidmatan melalui pihak ketiga termasuk Kedai yang Menyertai tepat pada masanya;
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa dan semua data yang anda atau mana-mana orang lain hantar atau siarkan dari Peranti Mudah Alih anda;
mematuhi semua Undang-undang Terpakai yang berkaitan dengan Perkhidmatan;
mengambil semua langkah yang munasabah bagi mengelakkan penggunaan Perkhidmatan yang melibatkan penipuan, tidak wajar atau tidak sah;
mengambil semua langkah dan usaha sewajarnya dalam penggunaan dan penyelenggaraan Akaun dan Perkhidmatan;
menghentikan penggunaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya bagi tempoh tertentu seperti yang mungkin dikehendaki oleh Instapay;
melaporkan dengan segera kepada Instapay, termasuk membuat laporan polis dan menyediakan salinannya yang disahkan apabila dikehendaki oleh Instapay, setelah mendapat tahu tentang apa-apa penipuan, kecurian, kehilangan, penggunaan yang tidak dibenarkan atau apa-apa tindakan lain yang menyalahi undang-undang berkaitan dengan Peranti Mudah Alih dan penggunaannya. Sebelum Instapay menerima notis atau arahan anda untuk menggantung atau menamatkan Akaun dan/atau Perkhidmatan, anda hendaklah bertanggungan terhadap semua transaksi yang dibuat dan/atau caj yang ditanggung berhubung dengan penggunaan Akaun dan/atau Perkhidmatan anda yang melibatkan penipuan, tidak wajar atau tidak sah dan/atau yang timbul daripada kecurian atau kehilangan Peranti Mudah Alih anda.
Apabila menggunakan Perkhidmatan, anda tidak boleh:
mendaftarkan Akaun dengan cara menipu. Jika Instapay mendapati anda menyamar sebagai orang lain, Instapay berhak menamatkan Akaun anda dengan serta-merta dan melaporkan aktiviti penipuan tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan;
menggunakan Perkhidmatan untuk apa-apa tujuan yang bertentangan dengan kepentingan awam, ketenteraman awam atau keharmonian negara atau untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada maksiat, perjudian atau apa jua tujuan jenayah yang lain atau menghantar apa-apa kandungan yang menyalahi moral, agama, asas perkauman atau politik, atau mengeji, memfitnah atau bersikap mencabul, menjelikkan atau mengancam atau dalam apa-apa cara lain yang boleh menimbulkan aduan, tuntutan, pertikaian, penalti atau liabiliti kepada Instapay;
menggunakan Perkhidmatan dan/atau App untuk menyebabkan rasa malu, tekanan, sakit hati, rasa jengkel, gangguan, ketakselesaan, kerisauan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang;
menggodam, mengakses, mengubah, memecah atau memintasi apa-apa pengesahan atau sekuriti mana-mana hos, rangkaian atau akaun Instapay atau sistem komputer penyedianya atau mengganggu perkhidmatan kepada mana-mana pengguna, hos atau rangkaian, termasuk, tanpa had, menghantar virus dan menyebabkan beban berlebihan atau tidak seimbang pada Sistem Platform;
cuba memeriksa, mengimbas atau menguji kerentanan Sistem Platform atau rangkaian atau memecah apa-apa tahap sekuriti atau pengesahan;
menyalin, mendedahkan, mengubah suai, memformat semula, memaparkan, mengedarkan, melesenkan, menghantar, menjual, melakukan, menerbitkan, memindahkan dan/atau menyediakan dengan cara lain apa-apa Perkhidmatan atau apa-apa maklumat yang anda peroleh semasa menggunakan Perkhidmatan atau semasa mengakses App;
menghapuskan, mengubah dan/atau menutup dengan apa jua cara apa-apa sahaja dalam App dan/atau Perkhidmatan atau menggunakan selainnya apa-apa bahan yang diperoleh semasa menggunakan App dan/atau Perkhidmatan kecuali seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini;
menyalin atau menggunakan apa-apa bahan daripada App dan/atau Perkhidmatan bagi apa-apa tujuan komersil, menghapuskan, menutup atau mengubah apa-apa hak cipta, tanda dagangan atau notis hak harta intelektual lain yang terkandung dalam bahan asal, atau daripada apa-apa bahan yang disalin atau dicetak daripada App, atau yang diperoleh daripada Perkhidmatan;
menggunakan apa-apa tanda dagangan, logo, URL atau nama produk Instapay tanpa kebenaran bertulis Instapay;
cuba menyahkod, menyahsusun, menyahpasang atau menterbalikkan kejuruteraan apa-apa perisian yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan;
menyamarkan atau menyalahgambarkan hubungan anda dengan mana-mana orang;
cuba mendapatkan dana daripada Instapay dan/atau mana-mana Kedai yang Menyertai atau pihak ketiga yang lain untuk transaksi yang sama dengan menyerahkan tuntutan yang serupa;
menggunakan proksi tanpa nama semasa mendaftarkan Akaun;
mengawal Akaun yang dipautkan dengan apa jua cara kepada Akaun lain yang telah atau disyaki terlibat dalam apa-apa aktiviti terlarang atau disekat di bawah Terma dan Syarat ini;
memanipulasikan atau mengeksploitasi kempen atau aktiviti promosi Instapay atau Perkhidmatan lain dengan apa jua cara yang mungkin dianggap oleh Instapay sebagai tidak wajar, di luar aturan atau tidak jujur;
menggunakan Perkhidmatan secara tidak jujur atau dengan niat buruk atau niat jahat.
Jika anda ingin mengemaskinikan profil dan Data Peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat pos, butiran hubungan, nombor telefon, alamat e-mel, dan butiran peribadi lain, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Khidmat Pelanggan. Instapay boleh, dari semasa ke semasa, mengesahkan identiti anda terlebih dahulu melalui protokol keselamatan yang ditentukan oleh Instapay (seperti yang boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Instapay) sebelum profil dan maklumat peribadi anda boleh dikemas kini. Anda hendaklah, pada setiap masa, merahsiakan semua kata laluan dan kod keselamatan, soalan keselamatan, jawapan keselamatan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua maklumat yang digunakan untuk tujuan pengesahan dan kebenaran, dan untuk mengakses Akaun anda) dan anda hendaklah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan semua maklumat tersebut terdedah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa, atau pihak ketiga. Instapay tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung atau yang berkaitan dengan transaksi dalam Akaun anda atau terhadap apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan di bawah Akaun anda jika anda mendedahkan apa-apa kata laluan, kod keselamatan, soalan keselamatan, jawapan keselamatan anda atau apa-apa butiran peribadi anda kepada pihak yang tidak diberi kuasa atau pihak ketiga.
Anda mengakui bahawa App, Sistem Platform dan Perkhidmatan serta semua Hak Harta Intelektual yang berkaitan dengannya dimiliki oleh Instapay atau pemberi lesennya. Semua hak terpelihara secara nyata.
Walau apa pun peruntukan yang terkandung di sini, tiada apa dalam App dan/atau Perkhidmatan boleh ditafsirkan sebagai memberikan apa-apa lesen atau memindahkan hak kepada anda bagi apa-apa hak harta intelektual atau hak pemilikan lain Instapay, selain hak terhad untuk menggunakan App dan/atau Perkhidmatan menurut Terma dan Syarat ini.
proses pembayaran balik hendaklah tertakluk kepada dasar pembayaran balik kedai dan apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atas pembayaran balik tersebut;
Akaun anda mesti aktif semasa proses pembayaran balik; dan
jika Baki Akaun anda melebihi Had Akaun yang ditentukan selepas proses pembayaran balik selesai, maka proses pembayaran balik itu akan gagal secara automatik. Anda akan dikehendaki memohon kaedah atau proses pembayaran balik yang lain daripada kedai.
Instapay dan pegawainya hendaklah mematuhi semua aspek penting dalam semua Undang-undang yang Terpakai yang mengawal Perkhidmatan.
Instapay mengakui bahawa dokumen atau maklumat yang dikumpulkan oleh Instapay berkaitan dengan urusan atau Akaun anda sebagai pelanggan Instapay, hanya akan digunakan dan/atau didedahkan menurut peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Tanpa mengehadkan keluasan makna yang disebut di atas, setakat yang dikehendaki oleh Undang-undang AML/CFT, Instapay hendaklah (i) menyenggara program pematuhan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan, iaitu pematuhan, dalam semua aspek penting, terhadap Undang-undang AML/CFT, (ii) melaksanakan, dalam semua aspek penting, usaha wajar yang dikehendaki di bawah Undang-undang AML/CFT berkenaan dengan penggunaan Akaun, termasuk yang berhubung dengan punca wang yang digunakan oleh Pengguna untuk Mengisi Semula Akaun mereka, dan (iii) menyenggara maklumat yang mencukupi untuk mengenal pasti anda bagi tujuan pematuhan, dalam semua aspek penting, terhadap Undang-undang AML/CFT.
Anda boleh, pada bila-bila masa, menamatkan penggunaan Perkhidmatan atau Akaun anda dengan memberikan notis tentang penamatan itu melalui App atau menghubungi Khidmat Pelanggan. Tertakluk kepada Fasal 12.4 di bawah, jika anda mempunyai Baki yang Ada dalam Akaun, anda mesti memastikan bahawa anda memberikan butiran akaun bank dan apa-apa maklumat lain yang betul kepada Instapay seperti yang mungkin dikehendaki oleh Instapay bagi membolehkan Instapay memproses penamatan Akaun anda dan membayar balik Baki yang Ada ke dalam akaun bank anda dalam tempoh dua belas (12) Hari Perniagaan, dengan syarat semua transaksi dengan mana-mana pihak ketiga yang lain (contohnya, kedai) diselesaikan terlebih dahulu. Jika anda tidak mempunyai apa-apa Baki yang Ada dalam Akaun anda, Akaun anda akan dianggap sebagai telah ditamatkan dengan serta-merta apabila notis penamatan daripada anda diterima oleh Instapay. Instapay tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi yang anda alami disebabkan oleh apa-apa maklumat perbankan yang tidak betul yang anda beri. Apa-apa pembayaran balik ke dalam akaun bank asing akan tertakluk kepada kadar lazim pemindahan pertukaran asing bagi Bank atau bank asing yang berkaitan dan apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan oleh Bank, bank asing yang berkaitan, dan/atau yang ditanggung ketika melaksanakan pembayaran balik itu.
Tanpa menjejaskan hak dan remedinya yang lain, Instapay berhak menggantung atau menamatkan dengan serta-merta penggunaan anda kepada App atau Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) dan pengaksesan anda ke Akaun anda, dengan atau tanpa apa-apa notis kepada anda, apabila berlaku mana-mana kejadian berikut:-
jika pada pendapat Instapay, terdapat ketidakjujuran, penipuan yang disyaki, perkara yang menyalahi undang-undang, perlakuan jenayah atau salah nyata ketika mengendalikan Akaun anda atau menggunakan Perkhidmatan;
jika anda melanggar, atau Instapay mempunyai asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa anda telah melanggar, mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini, terma dan syarat dalam Terma Am Penggunaan dan/atau apa-apa terma dan syarat yang terpakai bagi apa-apa perkhidmatan baharu seperti yang mungkin disediakan oleh Instapay dari semasa ke semasa, atau telah terlibat dalam apa-apa kelakuan yang menjejaskan Instapay, atau pada pendapat Instapay, tindakan anda menjejaskan kepentingan Instapay;
jika Instapay mengetahui tentang apa-apa aktiviti yang di luar aturan, meragukan atau tidak dibenarkan dalam Akaun anda
jika anda melanggar apa-apa Undang-undang Terpakai;
jika anda telah menyerahkan dokumen palsu atau telah mengisytiharkan maklumat palsu semasa anda membuat permohonan Perkhidmatan;
jika apa-apa maklumat yang anda berikan tidak betul, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap dalam tempoh menggunakan Perkhidmatan;
jika anda telah bertindak dengan niat buruk atau niat jahat semasa menggunakan App dan/atau Perkhidmatan;
jika nama anda disenaraikan di bawah apa-apa senarai pemerhatian kawal selia (termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai yang berkaitan dengan keganasan atau pembiayaan keganasan di bawah Undang-undang AML/CFT);
jika anda gagal memberikan apa-apa maklumat tambahan yang mungkin diminta oleh Instapay daripada anda, dari semasa ke semasa menurut Terma dan Syarat ini; dan/atau
apabila Instapay telah memperuntukkan hak tertentu untuk menggantung dan/atau menamatkan Akaun anda di bawah apa-apa peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.
Jika Akaun anda ditamatkan oleh Instapay menurut Fasal 12.2 di atas, Instapay tidak diwajibkan untuk membayar balik Baki yang Ada (jika ada) kepada anda sehingga dan melainkan kelulusan telah diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan, jika berkenaan. Instapay berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap anda seperti yang mungkin dianggap perlu atau seperti yang dikehendaki di bawah Undang-undang Terpakai atau oleh pihak berkuasa berkaitan.
Jika anda tidak log masuk ke dalam Akaun anda selama lebih enam (6) bulan, dan tiada Baki yang Ada dalam Akaun anda, Instapay boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menganggap Akaun anda sebagai dorman dan boleh menggantung Akaun anda.
INSTAPAY MENYEDIAKAN APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN ATAS DASAR “SEPERTI ADANYA” DAN “SEPERTI TERSEDIA”. PENGGUNA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN ADALAH ATAS RISIKO MEREKA SEPENUHNYA. SELAIN WARANTI YANG DIBERIKAN SECARA NYATA DI BAWAH TERMA DAN SYARAT INI, INSTAPAY DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA WARANTI DAN APA-WALAU APA PUN JENISNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA (I) WARANTI KEBOLEHDAGANGAN YANG TERSIRAT, (II) KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN (III) KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, PRESTASI DAN KETEPATAN PERKHIDMATAN, DAN (IV) BAHAWA APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN AKAN BERTERUSAN, TIDAK TERGANGGU DAN/ATAU TIADA KESILAPAN. NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS, YANG DIPEROLEH DARIPADA INSTAPAY ATAU MELALUI APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN TIDAK AKAN MEWUJUDKAN APA-APA WARANTI YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERJANJIAN INI.
Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa dan semua akibat daripada penggunaan atau penyalahgunaan Akaun, maklumat pengesahan log masuk, dan/atau maklumat pengesahan keselamatan anda. Anda hendaklah bertanggungjawab terhadap semua kerugian dan pembayaran (termasuk jumlah apa-apa transaksi yang dijalankan tanpa kebenaran anda) disebabkan kelalaian anda atau anda bertindak melalui penipuan. Untuk tujuan Fasal ini, kelalaian hendaklah dianggap sebagai termasuk kegagalan mematuhi apa-apa kewajipan keselamatan anda yang dirujuk dalam Terma dan Syarat ini.
Walau bagaimanapun, anda tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh kerosakan sistem, kesilapan teknikal atau isu operasi yang lain yang dihadapi oleh Instapay, kedai atau pihak berkaitan yang lain yang terlibat dalam penyediaan Perkhidmatan.
Anda mengakui bahawa Instapay boleh menggunakan pembekal pihak ketiga untuk menyediakan perkakasan, perisian, rangkaian, ketersambungan, penyimpanan, portal atau pemprosesan pembayaran dan teknologi lain bagi menyediakan App, Sistem Platform dan/atau Perkhidmatan. Tindakan dan pengabaian oleh pembekal pihak ketiga tersebut mungkin di luar kawalan Instapay, dan Instapay tidak akan menanggung apa-apa liabiliti bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami akibat apa-apa tindakan atau pengabaian oleh mana-mana pembekal pihak ketiga.
Instapay tidak bertanggungjawab walau apa pun terhadap apa-apa pengaturan yang anda buat dengan mana-mana pihak ketiga (termasuk kedai, pihak ketiga atau Pengguna lain) akibat anda menggunakan Perkhidmatan. Anda hendaklah menjalankan apa-apa penyiasatan yang anda rasa perlu atau wajar sebelum meneruskan apa-apa transaksi dalam talian atau luar talian dengan mana-mana pihak ketiga ini. Jika anda menghadapi pertikaian dengan satu pihak atau lebih Pengguna lain atau pihak ketiga, anda dengan ini melepaskan Instapay dan anggota gabungannya (dan pegawai, pengarah, ejen, subsidiari, usaha sama dan pekerja serta pekerja bagi anggota gabungannya) daripada tuntutan, permintaan dan ganti rugi (sebenar dan turutan) walau apa jua jenis atau bentuk, diketahui atau tidak diketahui, disyaki atau tidak disyaki, didedahkan atau tidak didedahkan, yang timbul daripada atau melalui apa jua cara berkaitan dengan pertikaian tersebut.
Instapay tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab terhadap anda dan/atau terhadap mana-mana pihak ketiga yang lain bagi apa-apa kos, kerugian atau ganti rugi (sama ada langsung atau tidak langsung), atau terhadap kerugian hasil, kehilangan untung atau apa jua kerugian turutan akibat anda menggunakan Perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
Akaun anda digodam dan/atau maklumat pengesahan log masuk dan/atau maklumat pengesahan keselamatan anda dicuri; dan
apa-apa pertikaian yang berlaku antara anda dengan Kedai yang Menyertai atau pihak ketiga tentang apa-apa isu, termasuk tetapi tidak terhad kepada isu yang berkaitan dengan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk kegunaan, kuantiti atau penghantaran.
SETAKAT YANG HANYA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WALAU DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN, INSTAPAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGAN TERHADAP APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, PUNITIF, TELADAN ATAU TURUTAN ATAU APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN WALAU APA JUA JENIS MELALUI APA JUA CARA BERKAITAN DENGAN ATAU YANG TIMBUL DARIPADA TERMA DAN SYARAT INI ATAU PENGGUNAAN APP, SISTEM PLATFORM ATAU PERKHIDMATAN, TANPA MENGAMBIL KIRA BENTUK TINDAKAN ATAU ASAS TUNTUTAN ATAU SAMA ADA INSTAPAY TELAH DIBERITAHU ATAU TIDAK TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA GANTI RUGI TERSEBUT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN UNTUNG ATAU PELUANG, GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN PERDAGANGAN YANG LAIN. JIKA UNDANG-UNDANG TERPAKAI TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI YANG DINYATAKAN DALAM PERJANJIAN INI ATAU PENGEHADAN LIABILITI YANG DINYATAKAN DALAM PERJANJIAN INI, ANDA DENGAN INI BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA WALAU DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN, INSTAPAY TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA TUNTUTAN ATAU GANTI RUGI MENURUT DOKUMEN INI MELEBIHI JUMLAH AGREGAT LIMA RIBU RINGGIT MALAYSIA ATAU JUMLAH YANG SETARA DENGAN HAD AKAUN ANDA, MENGIKUT MANA-MANA YANG LEBIH RENDAH.
Anda dengan ini bersetuju menanggung rugi Instapay dan anggota gabungannya (dan pegawai, pengarah, ejen, subsidiari, usaha sama dan pekerjanya serta pekerja bagi anggota gabungannya). (“Pihak yang Ditanggung Rugi”) dan melepaskan Pihak yang Ditanggung Rugi daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, guaman, prosiding, ganti rugi dan/atau apa jua liabiliti yang dibuat terhadap Pihak yang Ditanggung Rugi yang timbul daripada anda menggunakan App, Sistem Platform dan/atau Perkhidmatan dan/atau kegagalan anda melaksanakan atau pelanggaran kewajipan dan obligasi anda di bawah Terma dan Syarat ini atau mana-mana Undang-undang Terpakai. Anda hendaklah mempertahankan dan membayar semua kos, ganti rugi, award, fi (termasuk fi guaman atas rundingan peguam cara dengan klien) dan penghakiman yang diawardkan kepada mana-mana Pihak yang Ditanggung Rugi yang timbul daripada tuntutan tersebut, dan hendaklah memberi Instapay notis tentang tuntutan tersebut, kuasa penuh untuk mempertahankan, bertolak ansur atau menyelesaikan tuntutan tersebut, dan bantuan yang perlu dan munasabah untuk mempertahankan tuntutan tersebut atas perbelanjaan anda sepenuhnya.
Tanpa mengehadkan keluasan makna mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini, Instapay tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kegagalan untuk melaksanakan apa-apa obligasinya dalam perjanjian ini disebabkan oleh bencana alam, pemberontakan atau kekacauan awam, operasi tentera atau tindakan keganasan, semua darurat, tindakan atau pengabaian oleh Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa kompeten, kekacauan buruh atau apa-apa bentuk pertikaian perindustrian, kebakaran, kilat, penenggelaman tanah, letupan, banjir, tindakan atau pengabaian orang atau badan yang Instapay tidak mempunyai kawalan ke atasnya atau apa-apa sebab yang di luar kawalan munasabah Instapay.
Terma dan Syarat ini membentuk keseluruhan perjanjian antara Kedua-dua Pihak berkaitan dengan perkara dalam dokumen ini dan menggantikan semua terma dan syarat, persefahaman, pernyataan dan waranti terdahulu yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Tanpa mengambil kira di negara mana anda mengakses atau menggunakan App, Sistem Platform dan/atau Perkhidmatan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Terma dan Syarat ini dan penggunaan anda kepada App, Sistem Platform dan/atau Perkhidmatan akan dikawal menurut undang-undang di Malaysia tanpa mengambil kira pilihan atau percanggahan prinsip undang-undang, dan anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia bagi menyelesaikan apa-apa tuntutan atau pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan Terma dan Syarat ini.
Semua notis, permohonan dan/atau komunikasi lain yang akan diberikan oleh Instapay kepada Pengguna di bawah Terma dan Syarat ini boleh dilakukan melalui:-
pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod Instapay;
khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel ke nombor telefon anda atau alamat e-mel yang didaftarkan dengan Instapay;
diterbitkan di App atau Laman Web; dan/atau
disiarkan dalam akhbar harian kebangsaan dalam bahasa utama, yang biasanya diedarkan di seluruh Malaysia, dan hendaklah dianggap sebagai pemberitahuan apabila dipaparkan/disiarkan.
Instapay Technologies Sdn. Bhd.
23A-16, Q Sentral, Jalan Stesen Sentral 2,/p>
Jalan Stesen 2, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
E-mail: connect@instapaytech.com
Bank Negara Malaysia
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Tingkat Bawah, D Block
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Pusat Hubungan (BNMTELELINK)
Tel : 1-300-88-5465
(Luar Negara: 603-2174-1717)
Faks: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (664393P)
(dahulunya dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan)
Tingkat 14, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Telephone no.: 03-2272 2811
Faks no.: 03-2272 1577
Email address: enquiry@ofs.org.my