Kali Terakhir Dikemas kini: [09/12/2019]
"App"ertinya apa-apa dan semua aplikasi perisian yang dibangunkan, dimiliki dan/atau dikendalikan oleh Instapay yang digunakan dalam Peranti Mudah Alih;
"Undang-undang Terpakai" bererti dan merangkumi semua statut, enakmen, akta undang-undang atau parlimen, undang-undang, ordinan, kaedah, undang-undang kecil, peraturan, pemberitahuan, garis panduan, dasar, arahan, penentuan, perintah, writ, dekri, injunksi, penghakiman, award atau aturanbagi mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, tribunal, lembaga, mahkamah, dan jika berkenaan, perjanjian dan peraturan antarabangsa, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa;
"Kandungan" ertinya apa-apa data, teks, perisian, muzik, bunyi, gambar foto, grafik, video, mesej atau bahan lain, termasuk tanpa had kepada logo syarikat, tanda dagangan, bahan berhak cipta dan Sumber Pihak Ketiga, yang dipaparkan, diterbitkan atau dijadikan tersedia melalui Laman Web / App;
"Hak Harta Intelektual" ertinya semua hak harta intelektual (sama ada berdaftar ataupun tidak), termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta (termasuk hak cipta dalam perisian komputer), paten, logo, tanda dagangan atau nama perniagaan, hak reka bentuk, hak pangkalan data, pengetahuan, rahsia perdagangan dan hak kerahsiaan berkaitan dengan Laman Web, App, Perkhidmatan dan/atau Kandungan;
"Instapay" ertinya INSTAPAY TECHNOLOGIES SDN BHD (No. Syarikat: 1233660-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
"Teknologi Instapay" ertinya teknologi proprietari Instapay yang mendasari Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan, termasuk reka bentuk operasi internet, kandungan, peralatan perisian, reka bentuk perkakasan, algoritma, perisian (dalam bentuk sumber dan objek), kod sumber, reka bentuk antara muka pengguna,senibina, perpustakaan kelas, objek dan dokumentasi (bercetak dan elektronik), pengetahuan, rahsia perdagangan dan apa-apahak harta intelektual yang berkaitan di seluruh dunia (sama ada dimiliki oleh Instapay atau pemberi lesennya) berhubung dengan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan, dan juga termasuk apa-apaderivatif, penambahbaikan, peningkatan atau pelanjutan teknologi yang dihasilkan, digunakan, atau dibangunkan oleh Instapay dari semasa ke semasa yang tidak dapat dikaitkan secara khusus kepada Pengguna atau yang mempunyai kebolehgunaan am dalam kemahiran berkenaan;
"Peranti Mudah Alih" ertinyaperanti pengiraanatau telekomunikasi mudah alih dan tanpa wayar dengan aksesori termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon pintar dan tablet pegang;
"Pihak-pihak" ertinyasecara kolektif Instapay dan Pengguna, dan "Pihak" ertinya mana-mana daripada mereka;
"Perkhidmatan" ertinya apa-apa dan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Instapay melalui Laman Web dan/atau App atau dengan cara lain perkhidmatanyang disediakan oleh Instapay, termasuk tetapi tidak terhad kepada e-dompet, pembayaran mudah alih, kad prabayar, kiriman wang dan perkhidmatan lain sepertiyang diperkenalkan oleh Instapay dari semasa ke semasa berhubung dengan Laman Web dan/atau App;
Laman Web ertinyalaman web Instapay di https://www.instapaytech.com
"Terma" ertinya terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini seperti yang diubah atau diubah suai dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggal Instapay;
"Pengguna" ertinya penggunaLaman Web, App dan/atau Perkhidmatan;
"Kandungan Pengguna" ertinya apa-apa data, teks, perisian, muzik, bunyi, gambar foto, grafik, video, mesej atau bahan lain, termasuk tanpa had kepada logo syarikat, tanda dagangan dan bahan berhak cipta, yang disiarkan, dimuat naik, dihantar atau selainnyadisediakan oleh Pengguna melalui Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan.
Laman Web atau App mungkin mengandungi pautan ke laman web, produk, perkhidmatan, maklumat, iklan atau bahan lain milik pihak ketiga ("Sumber Pihak Ketiga") yang tidak dimiliki atau dikawal oleh Instapay, atau Perkhidmatan mungkin diakses melalui Sumber Pihak Ketiga. Pautan kepada Sumber Pihak Ketiga bukan merupakan pengendorsan atau pengesyoran oleh Instapay bagi Sumber Pihak Ketiga tersebut. Apabila Pengguna mengakses Sumber Pihak Ketiga, Pengguna melakukannya atas tanggungan sendiri. Pengguna dengan ini menyatakan dan menjamin bahawa mereka telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan semua dasar yang terpakai dari mana-mana Sumber Pihak Ketiga yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan mereka dan bertindak mengikut dasar tersebut, sebagai tambahan kepada obligasi Pengguna di bawah Terma. Instapay tidak mempunyai kawalan, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan, dasar privasi, atau amalan atau pendapat yang dinyatakan dalam mana-mana Sumber Pihak Ketiga. Di samping itu, Instapay tidak akan dan tidak boleh memantau, mengesahkan, menapis atau menyunting kandungan mana-mana Sumber Pihak Ketiga. Pengguna secara nyata melepaskan dan membebaskan Instapay daripadaapa-apa dan semua liabiliti yang timbul daripada penggunaan mana-mana Sumber Ketiga Pihak.
Pengguna dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi Instapay, termasuk pengarah, pegawai, pekerja, atau ejennya ("Pihak Ditanggung Rugi") dan melepaskan Pihak Ditanggung Rugi daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, guaman, prosiding, ganti rugi dan/atau apa jua liabiliti yang dibuat terhadap Pihak Ditanggung Rugi yang timbul daripada (a) penggunaan Laman Web, App, Perkhidmatan dan/atau Kandungan, (b) apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-manawaad, perjanjian atau obligasi di bawah Terma, (c) apa-apa pelanggaran undang-undang,atau (d) apa-apa pelanggaran hak mana-mana pihak ketigasemasa menggunakan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan. Pengguna yang berkenaan hendaklah melindungidan membayar semua kos, ganti rugi, award, fi (termasuk fi guaman atas dasar peguamcara dan klien) dan penghakiman yang diawardkan terhadap mana-mana Pihak DitanggungRugi yang timbul daripada tuntutan tersebut, dan hendaklah memberikannotis bagi tuntutan tersebutkepada Instapay, kuasa penuh untuk melindungi, bertolak ansur atau menyelesaikan tuntutan tersebut, dan bantuan yang perlu dan munasabah untuk melindungi tuntutan tersebut atas perbelanjaanPengguna sepenuhnya.
Tidak mengiradi negara mana Pengguna mengakses atau menggunakan Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Terma dan penggunaan Pengguna terhadap Laman Web, App dan/atau Perkhidmatan akandikawal menurut undang-undang Malaysia tanpa mengira pilihan atau pertikaian prinsip undang-undang, dan Pengguna dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepadabidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia bagi menyelesaikan apa-apa tuntutan atau pertikaian yang mungkin timbul berhubung dengan Terma ini.
Instapay Technologies Sdn Bhd
Unit 26-6, Q Sentral
Jalan Stesen 2, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
E-mail: connect@instapaytech.com
Bank Negara Malaysia
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato 'Onn
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Pusat Hubungan (BNMTELELINK)
Tel.: 1-300-88-5465
(Luar Negara: 603-2174-1717)
Faks: 603-2174-1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Ombudsman for Financial Services (664393P)
(dahulu dikenali sebagai Financial Mediation Bureau)
Tingkat 14, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Tel:03-2272 2811
Faks: 03-2272 1577
E-mel: enquiry@ofs.org.my