Kali Terakhir Dikemaskinikan: [17/12/2019]

  1. AM

    1. Dokumen ini membentuk perjanjian antara Instapay dengan anda yang menggariskan terma dan syarat yang di bawahnya, iaitu Kad telah dikeluarkan oleh Instapay kepada anda dan anda, sebagai Pemegang Kad, terikat dan akan terikat dengannya. Pengeluaran dan penggunaan Kad seterusnya dikawal oleh Undang-undang Terpakai.
    2. Dengan memohon Kad atau menggunakan Kad, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Perjanjian Pemegang Kad ini sebelum menggunakan Kad yang dikeluarkan kepada anda, dan dengan ini bersetuju tanpa syarat untuk menerima terma dan syarat Perjanjian Pemegang Kad ini seperti yang mungkin dipinda oleh Instapay dari semasa ke semasa. Jika anda tidak bersetuju untuk menerima terma dan syarat Perjanjian Pemegang Kad ini, jangan terima, menggunakan atau terus menggunakan Kad ini.
    3. Tertakluk kepada batasan mengikut undang-undang yang terpakai, Instapay berhak mengikut budi bicara mutlaknya, dari semasa ke semasa, untuk mengubah, menambah, menghapuskan atau meminda selainnya Perjanjian Pemegang Kad ini atau mana-mana bahagiannya. Instapay akan sama ada memaklumkannya kepada anda 21 hari terlebih dahulu melalui e-mel ke alamat e-mel anda yang didaftarkan dengan Instapay atau memaparkan perubahan itu pada laman ini dan mengemas kini tarikh “Kali Terakhir Dikemas kini” pada bahagian atas laman ini sebagai tarikh berkuatkuasanya perubahan itu. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan tidak akan terpakai secara retrospektif. Anda dikehendaki mengunjungi laman ini secara berkala untuk menyemak Terma dan Syarat terkini supaya anda tahu tentang apa-apa semakan yang mengikat anda. Penggunaan berterusan Perkhidmatan ini selepas tarikh berkuat kuasa bagi apa-apa perubahan, penambahan, penghapusan atau pindaan pada Perjanjian Pemegang Kad ini akan membentuk penerimaan tidak bersyarat di pihak anda terhadap perubahan, penambahan, penghapusan atau pindaan tersebut.
    4. Penggunaan ciri tertentu Kad boleh tertakluk kepada terma, peraturan, dasar atau tatakelakuan tambahan seperti yang ditetapkan oleh Instapay dari semasa ke semasa , dan anda dikehendaki untuk mematuhinya apabila menggunakan ciri tersebut. . Semua terma, peraturan, dasar atau tatakelakuan tambahan tersebut dengan ini digabungkan dengan merujuk Perjanjian Pemegang Kad ini.
    5. Apabila anda menggunakan Laman atau App, Syarat Am Penggunaan dan Dasar Privasi terpakai di samping dan bukan sebagai pengganti bagi mana-mana terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Pemegang Kad ini.
    6. Instapay boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menyediakan perkhidmatan atau manfaat baharu kepada anda berhubung dengan Kad dari semasa ke semasa, dan perkhidmatan atau manfaat baharu ini akan dikawal oleh Perjanjian Pemegang Kad ini serta terma dan syarat perkhidmatan baharu yang berkaitan.
    7. Perjanjian Pemegang Kad ini juga boleh didapati dalam bahasa Inggeris. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan, percanggahan, kesamaran makna atau perselisihan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa Malaysia atau mana-mana bahasa lain bagi Perjanjian Pemegang Kad ini, maka versi bahasa Inggeris bagi Perjanjian Pemegang Kad ini hendaklah digunakan.
  2. TAKRIF DAN PENTAFSIRAN

    1. Dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, perkataan dan ungkapan berikut mempunyai maksud berikut, melainkan tidak selaras dengan konteks atau dinyatakan sebaliknya:

      Akaun” bermaksud akaun dompet elektronik yang diwujudkan oleh atau untuk Pemegang Kad berhubung dengan penggunaan Kad, tertakluk pada Terma dan Syarat E-Dompet;

      Had Akaun” bermaksud jumlah wang maksimum yang boleh disimpan dalam Akaun pada satu-satu masa, iaitu RM5,000.00 sahaja, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut Terma dan Syarat E-Dompet;

      Pengaktifan” bermaksud masa Kad diaktifkan untuk digunakan menurut kaedah yang ditetapkan seperti yang ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa;

      Undang-undang AML/CFT” bermaksud Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 Malaysia;

      App” bermaksud aplikasi perisian yang dinamakan sebagai “Instapay” atau nama lain seumpamanya seperti yang akan ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa, yang dimuat turun ke dalam dan digunakan dalam Peranti Mudah Alih;

      Undang-undang Terpakai” bermaksud dan merangkumi semua statut, enakmen, akta undang-undang atau parlimen, undang-undang, ordinan, kaedah, undang-undang kecil, peraturan, pemberitahuan, garis panduan, dasar, arahan, penentuan, perintah, writ, dekri, injunksi, penghakiman, award atau aturan bagi mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, tribunal, lembaga, mahkamah, dan jika berkenaan, perjanjian dan peraturan antarabangsa, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa dan termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, (c) Akta Wang Tak Dituntut 1965, dan (f) kaedah, peraturan atau perintah daripada Bank Negara Malaysia;

      Baki yang Ada” bermaksud jumlah wang yang ada dalam Akaun yang sedia digunakan oleh Pengguna Akaun itu tertakluk kepada Had Akaun dan Had Transaksi Harian;

      Pengesahan” atau “Disahkan” bermaksud pengesahan yang dihantar oleh Pengguna kepada Instapay yang membenarkan transaksi tertentu berlaku atau dibuat oleh Pengguna itu, menurut kaedah yang ditentukan tersebut yang ditetapkan oleh Instapay dari semasa ke semasa;

      Bank” bermaksud bank yang diberi kuasa yang dilantik oleh Instapay untuk bertindak sebagai ejen kiriman wang bagi Perkhidmatan;

      BNM” bermaksud Bank Negara Malaysia;

      Hari Perniagaan” bermaksud mana-mana hari apabila bank perdagangan dibuka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia kecuali pada setiap hari Sabtu, Ahad dan hari yang diwartakan atau diisytiharkan oleh kerajaan atau kerajaan negeri sebagai hari kelepasan am di Malaysia;

      Kad” bermaksud apa-apa kad prabayar dalam bentuk fizikal yang digambarkan sebagai Mastercard Prabayar Instapay yang dikeluarkan oleh Instapay menurut Perjanjian Pemegang Kad ini;

      Had Kad” bermaksud jumlah wang maksimum berkenaan yang boleh disimpan dalam Akaun pada satu-satu masa;

      Perjanjian Pemegang Kad” bermaksud perjanjian pemegang kad ini, seperti yang mungkin diubah atau diubah suai dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Instapay;

      Pemegang Kad” atau “anda” bermaksud mana-mana orang yang telah memohon Kad dan Kad telah dikeluarkan kepadanya oleh Instapay;

      Pembaca Tanpa Sentuh” bermaksud peranti pembaca titik jualan di mana Kad boleh digunakan untuk melakukan Pembayaran Tanpa Sentuh dengan menyentuh atau melalukan Kad di atas atau pada peranti pembaca titik jualan tersebut;

      Pembayaran Tanpa Sentuh” merujuk transaksi pembelian barang dan/atau perkhidmatan yang berjaya dilakukan dan dicaj oleh Pemegang Kad kepada Akaunnya, dan dilakukan dengan menyentuh atau melalukan Kad pada Pembaca Tanpa Sentuh;

      Khidmat Pelanggan” bermaksud ejen khidmat pelanggan Instapay yang boleh dihubungi di talian 1300 13 5678 atau connect@instapay.com;

      Had Transaksi Harian” bermaksud had harian yang dikenakan terhadap Pembayaran pada mana-mana satu (1) hari kalendar menurut Fasal 8.5 di bawah;

      Terma dan Syarat E-Dompet” bermaksud terma dan syarat yang mengawal penggunaan Akaun anda;

      Hak Harta Intelektual” bermaksud semua hak harta intelektual (sama ada berdaftar ataupun tidak), termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta (termasuk hak cipta perisian komputer), paten, logo, tanda dagangan atau nama perniagaan, hak reka bentuk, hak pangkalan data, pengetahuan, rahsia perdagangan dan hak kerahsiaan;

      Instapay” bermaksud INSTAPAY TECHNOLOGIES SDN BHD (No. Syarikat: 1233660-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia;

      Kad ” bermaksud kad tunai elektronik prabayar yang dikeluarkan oleh ;

      KYC” bermaksud proses “Know Your Customer” atau “Kenali Pelanggan Anda” seperti yang ditentukan oleh dari semasa ke semasa;

      CDD” bermaksud proses “Customer Due Diligence” atau “Pelaksanaan Usaha Wajar Pelanggan” seperti yang ditentukan oleh dari semasa ke semasa;

      Isian Semula Manual” bermaksud ciri pada App yang membenarkan Pemegang Kad mengisi semula Akaun mereka secara manual sehingga Had Akaun yang ditentukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada melalui (i) kad debit atau kredit, (ii) perbankan dalam talian, (iii) JomPAY, atau (iv) apa-apa kaedah lain yang boleh ditentukan oleh dari semasa ke semasa;

      Peranti Mudah Alih” bermaksud peranti pengiraan atau telekomunikasi mudah alih dan tanpa wayar berserta aksesori, termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon pintar dan tablet pegang;

      Kedua-dua Pihak” bermaksud secara kolektif dan anda, dan rujukan terhadap “Pihak” bererti mana-mana satu daripadanya;

      Pembayaran” bermaksud transaksi pembayaran dengan menggunakan Kad di mana sahaja kad MasterCard diterima;

      Data Privasi” bermaksud maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Pemegang Kad, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon dan maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti, yang dikumpulkan oleh untuk penyediaan Kad;

      Sistem Platform” bermaksud sistem teknologi yang mendasari App yang digunakan oleh untuk menyediakan Kad dan/atau Akaun;

      Dasar Privasi” bermaksud dasar privasi yang disediakan oleh seperti yang diterbitkan dalam App, Laman Web atau selainnya yang dikemukakan kepada Pemegang Kad, yang menyatakan cara Data Peribadi pengguna perkhidmatan (termasuk Pemegang Kad) akan dikumpulkan, digunakan dan dikongsi;

      Isian Semula” bermaksud mendepositkan wang ke dalam Akaun Pemegang Kad (tertakluk pada Had Akaun) melalui Saluran Isian Semula/Pembayaran bagi membolehkannya menggunakan Kadnya;

      Saluran Isian Semula / Pembayaran” bermaksud saluran tertentu (termasuk tetapi tidak terhad kepada kaunter perkhidmatan yang berkaitan, dan Isian Semula Manual) yang ditetapkan oleh untuk Pemegang Kad Mengisi Semula dan/atau melakukan transaksi Pembayaran;

      Laman” bermaksud laman web di https://www.instapaytech.com;

      Transaksi” bermaksud transaksi yang dilakukan menerusi penggunaan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada Pembayaran, Pengeluaran dan Isian Semula;

      Pengeluaran” bermaksud pengeluaran tunai daripada Akaun Pemegang Kad dengan menggunakan Kad, sama ada melalui mesin juruwang automatik (ATM) atau saluran kaunter.

    2. Dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, melainkan konteks menghendaki sebaliknya:

      • rujukan kepada peruntukan statutori ditafsirkan sebagai rujukan peruntukan tersebut, seperti yang digantikan, dipinda atau digubal semula (sama ada sebelum atau selepas tarikh tersebut) dari semasa ke semasa, dan termasuk mana-mana peruntukan yang digubal semula (sama ada dengan atau tanpa pengubahsuaian) serta mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawah peruntukan tersebut setakat mana pengubahsuaian atau penggubalan semula tersebut terpakai atau boleh terpakai kepada apa-apa transaksi yang dilakukan menurut Perjanjian Pemegang Kad ini dan (setakat liabiliti di bawah peruntukan ini mungkin wujud atau boleh timbul) hendaklah termasuk apa-apa peruntukan atau peraturan berkanun yang lampau (seperti yang diubah suai atau digubal semula dari semasa ke semasa) apabila peruntukan atau peraturan tersebut digantikan secara langsung atau tidak langsung;
      • tajuk fasal hanya untuk kemudahan sahaja dan tidak akan menjejaskan tafsiran Perjanjian Pemegang Kad ini;
      • melainkan konteks menghendaki atau membenarkan sebaliknya, rujukan kepada mufrad hendaklah termasuk rujukan kepada jamak dan begitu juga sebaliknya; dan perkataan yang menunjukkan apa-apa jantina hendaklah termasuk semua jantina;
      • rujukan terhadap “orang” (atau perkataan yang membawa maksud orang) hendaklah ditafsirkan untuk termasuk individu, firma, perkongsian, amanah, usaha sama, syarikat, perbadanan, badan korporat, badan tidak diperbadankan, persatuan, organisasi, mana-mana kerajaan, atau negeri atau mana-mana agensi kerajaan atau negeri, atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau perbandaran atau badan kerajaan yang lain (sama ada dalam setiap kes mempunyai ciri undang-undang yang berasingan atau tidak).
  3. Kad mastercard prabayar

    1. Kad ini ialah kad prabayar boleh diisi semula. Kad ini membolehkan anda mengakses dana yang ditambah atau didepositkan ke dalam Akaun anda oleh anda atau bagi pihak anda. Kad ini bukan kad kredit mahupun kad hadiah atau disediakan untuk tujuan pemberian hadiah. Anda tidak akan menerima apa-apa faedah atau keuntungan atas dana anda pada Kad atau dalam Akaun. Dana dalam Akaun anda tidak akan tamat tempohnya, tanpa mengira tarikh tamat tempoh yang tertera pada bahagian hadapan Kad anda.
    2. Kad ini hanya disediakan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia, atau pemastautin tetap Malaysia atau warga asing yang tinggal secara sah atau bekerja dengan punca pendapatan tetap dan mempunyai alamat pos yang sah di Malaysia. Jika anda tidak memenuhi kriteria ini, anda tidak layak mendapatkan Kad ini.
  4. MEMOHON KAD

    1. Dengan memohon Kad dan/atau menyimpan atau menggunakan Kad, anda memberikan waranti dan membuat pernyataan kepada bahawa (i) anda berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun; (ii) anda warganegara Malaysia, atau pemastautin tetap Malaysia atau warga asing yang tinggal secara sah atau bekerja dengan punca pendapatan tetap dan mempunyai alamat pos yang sah di Malaysia; dan (iii) semua Data Peribadi yang anda berikan kepada adalah benar, betul dan lengkap. Anda mestilah mempunyai alamat pos di Malaysia bagi membolehkan memproses dan meluluskan permohonan anda. Alamat pos di luar Malaysia dan alamat yang mengandungi nombor Peti Surat akan ditolak.
    2. Untuk memohon Kad, anda dikehendaki memohon secara terus kepada dengan mendaftarkan Akaun menurut Terma dan Syarat E-Dompet, dan memberikan semua maklumat yang berkaitan (termasuk Data Peribadi) dan dokumen (seperti salinan kad pengenalan, pasport, bukti pekerjaan, bukti alamat pos dan lain-lain) seperti yang mungkin diperlukan oleh untuk menjalankan KYC bagi memproses permohonan anda. mungkin memperkenalkan saluran lain untuk permohonan Kad dari semasa ke semasa (contohnya, saluran jualan yang diberi kuasa atau reruai jualan).
    3. Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, boleh mengikut budi bicara mutlaknya untuk melaksanaan Usaha Wajar Pelanggan yang standard dan mengumpul maklumat data peribadi anda seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan/ No Paspot / Dokumentasi Pengenalan rasmi, Alamat kediaman dan Alamat surat-menyurat, Tarikh Lahir, Kewarganegaraan, Pekerjaan, Nama majikan/Sifat perniagaan, dan maklumat tujuan transaksi. Pengguna Akaun dikehendaki memenuhi kriteria di atas agar layak untuk urus niaga penghantaran wang.
    4. mempunyai segala hak untuk enggan menerima, mengetepikan dan/atau menolak apa-apa permohonan Kad mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan apa jua sebab sekalipun, dan keputusan adalah muktamad serta tidak boleh dipertikaikan.
  5. PENGHANTARAN DAN PENERIMAAN KAD

    1. Jika permohonan anda telah diluluskan, anda mempunyai pilihan untuk (i) mengambil sendiri Kad anda terus daripada dengan mengemukakan dokumen pengenalan anda yang asal, atau (ii) meminta supaya Kad anda dihantar kepada anda; dalam hal ini, sila pastikan anda telah memberikan alamat pos yang betul dan terkini dalam butiran permohonan anda bagi mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. tidak akan bertanggungjawab jika anda belum menerima Kad anda atau jika Kad anda dihantar ke alamat yang salah disebabkan butiran salah, tidak lengkap atau tidak mutakhir yang diberikan kepada . Di samping itu, tidak akan bertanggungjawab jika Kad anda telah diposkan ke alamat pos anda seperti yang dinyatakan dalam butiran permohonan anda atau rekod , tetapi anda belum menerima Kad anda atas apa-apa sebab.
    2. Sebaik sahaja anda mengambil atau menerima Kad anda, anda mesti menurunkan tandatangan pada ruang tandatangan pada bahagian belakang Kad. Walau bagaimanapun, sama ada anda telah menandatangani Kad atau belum, anda masih bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat Perjanjian Pemegang Kad ini dan anda terikat dengannya berhubung dengan penggunaan Kad. Di samping itu, kami tidak akan bertanggungjawab mahupun bertanggungan terhadap anda bagi apa-apa percanggahan antara tandatangan yang tertera pada Kad dengan tandatangan yang tertera pada slip jualan yang sepadan atau jika apa-apa transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad tidak diterima atas apa-apa sebab. Anda bersetuju dan faham bahawa apa-apa percanggahan antara tandatangan yang tertera pada Kad dengan tandatangan yang tertera pada slip jualan yang sepadan tidak boleh dengan sendirinya menjadi alasan untuk mempertikaikan kesahan transaksi jualan itu. 
    3. Kad anda ialah dan kekal, pada setiap masa, menjadi harta , dan hendaklah diserahkan kepada dengan segera apabila diminta oleh dan boleh dimiliki semula oleh pada bila-bila masa.
  6. PENGGUNAAN KAD

    1. Anda hanya boleh menggunakan Kad apabila telah menerima Kad dan apabila Kad telah Diaktifkan, dan semata-mata menurut Perjanjian Pemegang Kad ini.
    2. Semua Kad mempunyai fungsi tanpa sentuh dan boleh menggunakan MasterCard PayPass. Sebaik sahaja Kad anda diaktifkan dan tertakluk pada Baki yang Ada, anda boleh menggunakan Kad untuk membeli barang dan perkhidmatan di seluruh dunia di mana saja kad MasterCard diterima dan juga mengakses tunai di ATM atau institusi kewangan yang mempamerkan nama dan/atau logo MasterCard. Setiap kali anda menggunakan Kad untuk membeli barang atau perkhidmatan, anda membenarkan menolak dana anda daripada Akaun anda.
    3. Anda hendaklah selalu memeriksa Akaun anda untuk menyemak dan mengesahkan Baki yang Ada sebelum menggunakan Kad anda. Anda perlu sentiasa memastikan terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun anda untuk membayar setiap transaksi dengan menggunakan Kad dan menampung jumlah jumlah yang ditransaksi atas Akaun anda, termasuk pembelian, transaksi berulang, pengeluaran tunai, fi dan caj lain. Jika Baki Sedia Ada tidak mencukupi, transaksi anda akan ditolak. Jika Kad atau Akaun anda telah disekat, digantung dan/atau ditamatkan oleh menurut syarat Perjanjian Pemegang Kad ini dan/atau Terma dan Syarat E-Dompet (sama ada dengan atau tanpa memberikan notis kepada anda terlebih dahulu), transaksi anda dengan menggunakan Kad akan ditolak.
    4. Walau apa pun yang dinyatakan dalam dokumen ini, tidak akan bertanggungjawab terhadap keengganan mana-mana kedai, institusi ahli MasterCard atau pihak ketiga mengiktiraf atau menerima Kad anda.
    5. Semua transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad anda hanya akan ditunjukkan dalam dan dihantar ke Akaun anda setelah ia dikemukakan oleh kedai atau bank pemeroleh yang berkenaan dan diproses oleh rangkaian pembayaran MasterCard kepada .
    6. Hanya anda seorang dibenarkan menggunakan Kad anda dan mempunyai akses kepada dana dalam Akaun anda. Jika anda membenarkan orang lain mengakses Kad, nombor Kad dan/atau Akaun anda, anda bertanggungan terhadap semua transaksi yang dibuat dengan menggunakan atau menerusi Kad, nombor Kad atau Akaun anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan Kad anda menurut terma Perjanjian Pemegang Kad ini, tertakluk pada Fasal 22 di bawah dan Undang-undang Terpakai yang lain.
    7. Kad anda tidak boleh dipindah milik mahupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad anda tidak boleh dicagarkan atau digunakan dengan apa-apa cara oleh anda sebagai apa-apa bentuk instrumen cagaran untuk apa jua tujuan sekalipun. Anda tidak boleh memberikan Kad atau nombor Kad anda kepada pihak ketiga yang lain atau membenarkan mereka menggunakannya untuk bayaran, pengenalan atau apa-apa tujuan lain. Jika anda berbuat demikian, anda akan bertanggungan terhadap semua bayaran yang dibuat dengan menggunakan Kad.
  7. KESAHAN KAD

    1. Kad ini sah bagi tempoh seperti yang dinyatakan pada bahagian hadapan Kad, iaitu tiga (3) hingga lima (5) tahun. Selepas tamatnya tempoh Kad dan jika anda masih layak menggunakan Kad, Kad baharu akan dikeluarkan kepada anda, melainkan anda mengarahkan sebaliknya atau seperti yang ditentukan sebaliknya dan/atau ditolak oleh .
    2. mempunyai hak untuk menolak apa-apa pembaharuan Kad atau permintaan bagi menggantikan Kad mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan apa jua sebab sekalipun, dan keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan
  8. HAD KAD DAN HAD TRANSAKSI HARIAN

    1. Had Kad anda adalah sama dengan Had Akaun anda dan dana yang boleh digunakan pada atau menerusi Kad anda terhad kepada Baki Sedia Ada pada masa penggunaan.
    2. Anda akan diberikan produk berikut jikalau status pendaftaran anda berjaya:

      Produk Kaedah Pendaftaran
      Akaun Daftar Sendiri – Muat turun aplikasi mudah alih dah muat naik dokumen yang diperlukan
      Pendaftaran Bersemuka – Bertemu dengan wakil dan menyerahkan Borang Permohonan yang lengkap Bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan

    3. Anda akan diberikan Had Akaun seperti yang berikut:

      Produk Had Akaun
      Akaun RM10,000 ((Ringgit Malaysia Lima Ribu) - anda mesti memenuhi kriteria kelayakan dan keperluan KYC yang ditentukan oleh dari semasa ke semasa.
      (Nota: Ciri Aplikasi tertentu hanya mungkin diaktifkan untuk pelanggan yang bersemuka dengan wakil )

    4. Apabila Baki Sedia Ada kurang daripada Had Akaun anda, anda boleh Mengisi Semula Akaun anda melalui Saluran Isian Semula/Pembayaran atau Isian Semula Manual sehingga had Akaun anda. Dengan menghubungkan kad kredit dan/atau debit anda kepada Akaun anda, anda bertanggungjawab dan bertanggungan sepenuhnya terhadap semua Isian Semula yang mungkin dilakukan.
    5. Anda boleh membuat Pembayaran dengan menggunakan Kad anda tertakluk kepada Had Transaksi Harian yang ditentukan. Had Transaksi Harian terpakai (tanpa mengambil kira Had Akaun anda selagi anda sentiasa mengisi semula Akaun anda sewajarnya). Sila rujuk Soalan Lazim Produk di www.tech.com untuk mengetahui had transaksi yang ditentukan untuk anda.
    6. Pengenaan Had Akaun dan Had Transaksi Harian adalah bagi mengelakkan apa-apa transaksi yang melibatkan penipuan, tidak sah atau menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran peraturan dan garis panduan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Undang-undang AML/CFT.
    7. Anda boleh melihat sejarah transaksi anda sehingga tiga puluh (30) hari yang lampau melalui App. Anda hendaklah sentiasa menyemak sejarah transaksi anda bagi memastikan Kad anda tidak digunakan tanpa kebenaran. Salinan cetak sejarah transaksi dapat diperoleh melalui permohonan kepada Instapay tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi yang berkenaan yang dikenakan untuk permohonan tersebut. Semua entri dalam sejarah transaksi dianggap benar dan tepat melainkan anda memaklumkan kepada Instapay tentang apa-apa kesilapan, pengecualian, pertikaian atau transaksi yang tidak dibenarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh transaksi. Jika Instapay tidak menerima apa-apa pemberitahuan bertulis daripada anda berhubung dengan apa-apa kesilapan dalam sejarah transaksi dalam tempoh yang ditetapkan, sejarah transaksi itu akan dianggap benar, lengkap dan tepat, dan anda hendaklah dianggap sebagai telah menerima entri dalam sejarah transaksi itu yang dibuat sehingga tarikh entri terakhir dalam sejarah transaksi sebagai muktamad.
    8. Dengan memohon Kad atau menggunakan Kad, anda membenarkan Instapay bergantung pada dan bertindak terhadap semua komunikasi dan arahan yang anda beri berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan. Arahan hanya akan diterima oleh Instapay jika anda telah memenuhi kriteria keselamatan tertentu seperti yang ditetapkan oleh Instapay dari semasa ke semasa. Apabila memberikan arahan kepada Instapay atau melalui Perkhidmatan, pastikan apa-apa dan semua arahan tepat dan lengkap, dan jika anda gagal berbuat demikian, Instapay tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi berhubung dengannya.
    9. Walau apa pun yang terkandung dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, Instapay boleh menolak apa-apa arahan anda berkaitan dengan penggunaan Kad atau apa-apa Transaksi, jika:-

      penggunaan Kad atau Transaksi melanggar apa-apa peruntukan Perjanjian Pemegang Kad ini; atau

                 

      Instapay mengesyaki arahan mungkin dikeluarkan melibatkan penipuan atau mendapati penggunaan Kad atau Transaksi menimbulkan risiko kepada Sistem Platform.

  9. MENAMBAH NILAI KAD

    1. Instapay mempunyai hak untuk mengenakan had atas jumlah yang boleh diisi semula pada Akaun anda atau jumlah minimum isian semula bagi setiap transaksi Isian Semula atau seperti yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang. Anda tidak boleh mengisi semula Akaun anda melebihi Had Kad atau Had Akaun terpakai yang telah ditetapkan dan diluluskan untuk Kad atau Akaun anda. Instapay tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa-apa pertikaian (atau kerugian) berhubung dengan apa-apa dana berlebihan jika anda cuba, telah mencuba atau telah pun mengisi semula melebihi Had Kad atau Had Akaun maksimum, dan Instapay mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan yang dianggapnya perlu, termasuk menyekat, menggantung dan/atau menamatkan Kad atau Akaun anda, atau mendebitkan Akaun anda bagi apa-apa dana yang telah ditambah secara berlebihan atau disebabkan kesilapan, jika Instapay mendapati anda telah cuba berbuat demikian berulang kali, walaupun terdapat Had Kad atau Had Akaun.
    2. Jika anda menambah apa-apa dana secara berlebihan, Instapay akan sama ada membayar balik jumlah berlebihan itu melalui cek atau mendepositkannya ke dalam akaun bank anda (dengan syarat anda telah memberi kami butiran akaun bank anda) atau melalui saluran lain seperti yang ditentukan oleh Instapay, atau mengkreditkannya balik ke dalam Akaun anda apabila Baki yang Ada telah berkurang secukupnya mengikut budi bicara mutlak Instapay dan menurut dasar dalamannya. Namun begitu, walaupun anda telah mengisi semula Akaun anda melebihi Had Kad atas apa-apa sebab, anda hanya boleh melakukan transaksi dan menggunakan Kad sehingga Had Kad maksimum.
    3. Semua isian semula tidak akan dianggap telah dibuat sehinggalah semua dana yang berkaitan telah diterima dan diproses sebagai nilai baik oleh Instapay. Instapay tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan dalam menambah dana ke dalam Kad atau Akaun anda jika kelewatan tersebut tidak dapat dianggap berpunca daripada kesalahan Instapay.
    4. Sila rujuk App atau Laman untuk senarai Saluran Isian Semula/Pembayaran yang diberi kuasa, seperti yang mungkin disemak semula dari semasa ke semasa. Saluran Isian Semula/Pembayaran yang dikendalikan oleh ejen atau rakan Instapay yang diberi kuasa mungkin mengenakan fi untuk pengisian semula menerusi mereka.
    5. Instapay mempunyai hak untuk menerima atau menolak apa-apa permintaan untuk mengisi semula Kad atau Akaun anda, termasuk menggantung, membatalkan dan/atau menyekat apa-apa isian semula ke dalam Kad atau Akaun anda yang, pada pendapat Instapay, mungkin dianggap menyimpang daripada kebiasaan, menimbulkan kesangsian, menyalahi undang-undang atau dibuat tanpa kebenaran; dalam hal ini, Instapay berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap anda seperti yang difikirkannya patut, termasuk menyekat, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun anda.
  10. TRANSAKSI INTERNET

    1. Jika anda menggunakan Kad anda untuk membeli barang dan/atau perkhidmatan menerusi laman Internet atau portal dalam talian, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan penggunaan tersebut pada setiap masa. Anda bersetuju bahawa pemasukan maklumat Kad anda di Internet merupakan bukti yang mencukupi tentang kesahan arahan tersebut. Instapay tidak mempunyai obligasi untuk mengesahkan identiti atau kuasa orang yang memasukkan maklumat Kad anda dan Instapay tidak bertanggungan untuk bertindak berdasarkan penggunaan Kad anda, tanpa mengira sama ada orang itu diberi kuasa atau tidak diberi kuasa dan tanpa mengira keadaan yang wujud pada masa transaksi. Walau bagaimanapun, Instapay mempunyai hak untuk tidak memproses mana-mana transaksi Internet tersebut jika Instapay mempunyai apa-apa sebab untuk meragui kesahannya atau jika, pada pendapat Instapay, ia menimbulkan kesangsian, menyalahi undang-undang atau tidak wajar dilakukan atau atas apa-apa sebab lain.
    2. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, Instapay mempunyai hak untuk menyekat, menggantung atau menolak mana-mana Transaksi mengikut budi bicara mutlaknya. Bagi semua transaksi yang diproses melalui mekanisme pengesahan dua faktor, Instapay tidak akan melayan apa-apa pertikaian daripada anda berhubung dengan hakikat bahawa anda tidak memberikan kebenaran untuk atau terlibat dalam transaksi tersebut, dan anda tidak akan dapat membuat tuntutan caj balik bagi transaksi tersebut yang telah diproses di bawah mekanisme pengesahan dua faktor. Dalam kes transaksi pengesahan dua faktor, Instapay hanya akan membenarkan caj balik disebabkan kesilapan pemprosesan, perkhidmatan tidak diberikan dan pelanggaran penerimaan kad yang lain seperti yang ditetapkan dalam peraturan caj balik kad MasterCard yang terpakai. Anda mungkin perlu memasukkan OTP bagi transaksi dalam talian jika kedai yang menerima MasterCard itu berdaftar untuk 3D Secure. 3D Secure ialah perkhidmatan MasterCard yang menyediakan pengesahan dua faktor bagi transaksi dalam talian.
  11. TRANSAKSI ATM DAN NOMBOR PENGENALAN PERIBADI (PIN)

    1. Bagi tujuan membuat pengeluaran tunai dengan menggunakan Kad di mana-mana ATM di bawah rangkaian pembayaran MasterCard, anda mesti menggunakan PIN enam angka anda. Anda boleh mengeset dan menukar PIN menerusi App atau mana-mana kaedah lain yang ditetapkan seperti yang ditentukan oleh Instapay dari semasa ke semasa.
    2. PIN adalah rahsia. Jangan sekali-kali dedahkan PIN anda kepada mana-mana orang dalam apa-apa keadaan atau dengan apa jua cara sekalipun. Anda tidak sepatutnya menyimpan apa-apa rekod bertulis tentang PIN anda di mana-mana tempat atau dengan apa-apa cara yang membolehkan pihak ketiga mengaksesnya dan/atau menggunakan Kad anda. Kegagalan mematuhi keperluan ini akan mengakibatkan Kad anda dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran, yang baginya Instapay tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap anda dengan apa-apa cara. Anda hendaklah melepaskan Instapay daripada semua tuntutan dan liabiliti daripada semua pihak yang timbul daripada penggunaan PIN anda, sama ada dibenarkan atau sebaliknya.
  12. PEMBAYARAN TANPA SENTUH

    1. Pembayaran Tanpa Sentuh membolehkan anda membayar jumlah sehingga RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh) sahaja sehari tanpa memasukkan PIN anda pada Pembaca Tanpa Sentuh yang berkenaan. Anda boleh membuat bayaran pada Pembaca Tanpa Sentuh berkenaan yang diaktifkan tanpa sentuh. Anda tidak boleh menggunakan fungsi tanpa sentuh Kad atau membuat Pembayaran Tanpa Sentuh bagi transaksi tanpa kad, transaksi dalam talian, transaksi e-dagang, pembayaran bil berulang, transaksi pendahuluan tunai, transaksi pemindahan dana, atau transaksi yang dilakukan atau akan dilakukan di mana-mana ATM. Kad juga tidak boleh ditokenkan pada Peranti Mudah Alih bagi apa-apa bentuk Pembayaran Tanpa Sentuh.
    2. Pada kali pertama anda membuat Pembayaran Tanpa Sentuh, anda dikehendaki memasukkan PIN anda. Selepas itu, anda boleh membayar jumlah sehingga had yang ditetapkan melalui fungsi tanpa sentuh Kad. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bayaran, anda mungkin diminta memasukkan PIN anda sekali lagi atas sebab keselamatan. Apabila membuat Pembayaran Tanpa Sentuh, anda mestilah menyemak jumlah dan memegang Kad anda pada Pembaca Tanpa Sentuh. Pembaca Tanpa Sentuh akan menunjukkan sama ada bayaran berjaya atau tidak. Apabila anda mengetuk, melalukan atau menyentuh Kad anda pada Pembaca Tanpa Sentuh, anda memberikan kebenaran untuk transaksi itu dicaj kepada Akaun anda dan dana ditolak daripada Akaun anda berhubung dengan transaksi tersebut.  
    3. Instapay mungkin, mengikut budi bicara mutlaknya, menghendaki kaedah pengaktifan dan/atau prosedur pengesahan lain yang ditetapkan bagi Pembayaran Tanpa Sentuh dari semasa ke semasa.
    4. Jika Pembayaran Tanpa Sentuh dilakukan selepas Kad anda hilang atau dicuri, ia akan diperlakukan dengan cara yang sama seperti yang dinyatakan dalam Fasal 22 di bawah.
    5. Apa-apa penggunaan Kad pada mana-mana Pembaca Tanpa Sentuh, jika dibenarkan oleh Instapay, tertakluk pada terma dan syarat seperti yang mungkin dipersetujui oleh Instapay dan MasterCard dari semasa ke semasa.
  13. PENGELUARAN

    1. Anda boleh membuat Pengeluaran untuk mendapatkan tunai sehingga jumlah seperti yang mungkin ditentukan oleh Instapay mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa dengan cara berikut:

      mengemukakan Kad anda di institusi ahli MasterCard berserta bukti pengenalan anda dan menandatangani rekod transaksi yang perlu; atau

      menggunakan Kad anda di ATM di bawah rangkaian pembayaran MasterCard atau ATM mana-mana bank atau institusi lain yang mempamerkan logo MasterCard yang dengannya Instapay mempunyai pengaturan bagi penggunaan ATM bank atau institusi tersebut; dalam hal ini, pengeluaran tertakluk pada had pengeluaran yang dikenakan oleh Instapay atau bank berkaitan, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

    2. Apa-apa pengeluaran yang dilakukan di luar Malaysia adalah dalam mata wang negara atau bidang kuasa itu. Bagi semua transaksi antarabangsa melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MasterCard, kadar pertukaran (jika berkenaan) ialah kadar pertukaran semasa yang akan ditentukan oleh MasterCard dan semua transaksi tersebut tidak boleh melanggar undang-undang yang wujud di negara tempat transaksi tersebut dilakukan. Penggunaan Kad anda untuk membuat pengeluaran tunai dianggap membentuk persetujuan anda untuk membayar semua fi dan/atau caj terpakai, seperti yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Anda tidak boleh membuat pengeluaran ATM melebihi had yang ditetapkan oleh Instapay atau rangkaian ATM yang berkenaan. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, Instapay mempunyai hak untuk menyekat, menggantung atau menolak apa-apa transaksi pengeluaran tunai mengikut budi bicara mutlaknya.
  14. TRANSAKSI DALAM MATA WANG ASING

    1. Jika Transaksi dlakukan dalam mata wang asing, MasterCard akan menukar transaksi tersebut kepada nilai yang setara dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran seperti yang ditentukan oleh MasterCard setakat tarikh ia diproses oleh MasterCard selepas penyelesaian dengan kedai. Anda juga dikehendaki membayar kos pentadbiran pada kadar/fi seperti yang akan ditentukan oleh Instapay dan/atau MasterCard.
  15. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG KAD

    1. Semasa menggunakan Kad, anda hendaklah:

      memastikan jumlah transaksi adalah betul sebelum melakukan apa-apa transaksi menggunakan Kad anda dengan memasukkan PIN anda atau nombor pengenalan yang lain atau kata laluan anda;

      merahsiakan maklumat yang berkaitan dengan Kad dan Akaun anda, termasuk Data Peribadi, kata laluan dan maklumat log masuk pada setiap masa, dan hendaklah mengambil semua langkah bagi mengelakkan pendedahan maklumat tersebut dan pengaksesan atau penggunaan Kad dan Akaun anda yang tidak dibenarkan. Anda hendaklah bertanggungjawab dan bertanggungan sepenuhnya terhadap apa-apa penggunaan dan penyalahgunaan Kad dan Akaun anda serta semua aktiviti yang berlaku di bawah Kad dan Akaun anda;

      memastikan semua maklumat dan data yang diberi kepada Instapay termasuk Data Peribadi adalah benar, tepat, terkini dan lengkap pada setiap masa, dan segera mengemaskinikan maklumat dan data tersebut jika terdapat apa-apa perubahan padanya. Walau apa pun dan dengan apa cara sekali pun Instapay tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap anda bagi apa-apa maklumat dan data yang tidak tepat dan tidak lengkap yang diberi kepada Instapay;

      mematuhi semua notis atau arahan yang diberikan oleh Instapay dari semasa ke semasa berkaitan dengan penggunaan Kad;

      bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap semua penggunaan dan semua pembayaran fi, caj, cukai dan duti kerana menggunakan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembayaran semua fi, caj, cukai dan duti bagi pembelian produk dan/atau perkhidmatan melalui pihak ketiga termasuk kedai yang menyertai tepat pada masanya;

      mematuhi semua Undang-undang Terpakai yang berkaitan dengan Kad;

      mengambil semua langkah yang munasabah bagi mengelakkan penggunaan Kad yang melibatkan penipuan, tidak wajar atau tidak sah;

      mengambil semua langkah dan usaha sewajarnya dalam penggunaan dan penyelenggaraan  Kad;

      menghentikan penggunaan Kad atau mana-mana bahagiannya bagi tempoh tertentu seperti yang mungkin dikehendaki oleh Instapay;

      melaporkan dengan segera kepada Instapay, termasuk membuat laporan polis dan menyediakan salinannya yang disahkan apabila dikehendaki oleh Instapay, setelah mendapat tahu tentang apa-apa penipuan, kecurian, kehilangan, penggunaan yang tidak dibenarkan atau apa-apa tindakan lain yang menyalahi undang-undang berkaitan dengan Kad dan penggunaannya. Sebelum Instapay menerima notis atau arahan anda untuk menggantung atau menamatkan Kad, anda hendaklah bertanggungan terhadap semua transaksi yang dibuat dan/atau caj yang ditanggung berhubung dengan penggunaan Kad anda yang melibatkan penipuan, tidak wajar atau tidak sah dan/atau yang timbul daripada kecurian atau kehilangan Kad anda.

    2. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan, anda tidak boleh:

      menggunakan Kad untuk membeli barang atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang, untuk kegiatan pertaruhan dan/atau perjudian dalam talian, atau menggunakannya untuk apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang dan/atau kegiatan penipuan;

      menggunakan Kad untuk tujuan perniagaan dan/atau komersial yang dianggap tidak boleh diterima oleh Instapay; dalam hal ini, Instapay berhak menyekat, menggantung atau menamatkan Kad dan/atau Akaun;

      memohon Kad dengan cara menipu. Jika Instapay mendapati anda menyamar sebagai orang lain, Instapay berhak menamatkan Kad dan/atau Akaun anda dengan serta-merta dan melaporkan aktiviti penipuan tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan;

      cuba mendapatkan dana daripada Instapay dan/atau mana-mana kedai yang menyertai atau pihak ketiga yang lain untuk transaksi yang sama dengan menyerahkan tuntutan yang serupa;

      menggunakan proksi tanpa nama semasa memohon Kad;

      menggunakan Perkhidmatan secara tidak jujur atau dengan niat jahat.

    3. Jika anda ingin mengemaskinikan profil dan Data Peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat pos, butiran hubungan, nombor telefon, alamat e-mel, dan butiran peribadi lain, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Khidmat Pelanggan. Instapay boleh, dari semasa ke semasa, mengesahkan identiti anda terlebih dahulu melalui protokol keselamatan yang ditentukan oleh Instapay (seperti yang boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Instapay) sebelum profil dan maklumat peribadi anda boleh dikemas kini. Anda hendaklah, pada setiap masa, merahsiakan semua kata laluan dan kod keselamatan, soalan keselamatan, jawapan keselamatan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua maklumat yang digunakan untuk tujuan pengesahan dan kebenaran, dan untuk penggunaan Kad anda), dan anda hendaklah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan semua maklumat tersebut terdedah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa, atau pihak ketiga. Instapay tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung atau yang berkaitan dengan transaksi yang dilakukan atas Kad dan/atau Akaun anda, atau terhadap apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan di bawah Kad dan/atau Akaun anda jika anda mendedahkan apa-apa kata laluan, kod keselamatan, soalan keselamatan, jawapan keselamatan anda atau apa-apa butiran peribadi anda kepada pihak yang tidak diberi kuasa atau pihak ketiga.
  16. HAK INSTAPAY

    1. Jika Kad digunakan dengan cara selain yang dibenarkan oleh Perjanjian Pemegang Kad ini, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Instapay mungkin (tetapi tidak wajib dan tanpa mengetepikan mana-mana haknya) mengiktiraf transaksi tersebut dan mendebitkan atau mengkreditkan Kad sewajarnya. Jika Instapay mendapati bahawa Kad anda telah digunakan untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang atau kegiatan penipuan, Instapay berhak menggantung, menyekat dan/atau menamatkan penggunaan Kad dengan serta-merta tanpa memberi notis kepada anda terlebih dahulu. Walau apa pun yang dinyatakan dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, Instapay tidak mempunyai apa-apa kewajipan atau obligasi terhadap anda untuk memantau dan menyekat penggunaan Kad bagi apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang, dan Instapay mempunyai hak untuk menyekat, menggantung atau menolak mana-mana Transaksi mengikut budi bicara mutlaknya.
    2. Instapay berhak membuat apa-apa pindaan atau perubahan pada perkhidmatan Kad atau mana-mana bahagiannya, atau menggantung atau menamatkan perkhidmatan Kad atau mana-mana bahagiannya, tanpa memberikan notis terlebih dahulu, yang dalam kejadian ini Instapay tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kesulitan yang anda atau mana-mana pihak ketiga hadapi akibat daripadanya, kecuali apabila perkhidmatan Kad ditamatkan terus, maka apa-apa Baki yang Ada akan dikembalikan kepada anda.
    3. Instapay berhak menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui penghantaran elektronik (termasuk tetapi tidak terhad kepada komunikasi e-mel, teleks dan faks), khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon, dan apa-apa cara lain untuk berbalas komunikasi berhubung dengan, tetapi tidak terhad kepada, pengesahan transaksi, sama ada anda melakukan transaksi itu atau tidak, status Kad atau Akaun anda, komunikasi tentang promosi (dan barang promosi) bagi Kad, dan bagi apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan Kad. Maklumat berhubung dengan apa-apa penghantaran elektronik mungkin tertakluk pada susulan masa dan/atau kelewatan tertentu. Ciri mana-mana notis tersebut boleh diubah atau dihentikan oleh Instapay pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis, mengikut budi bicara mutlaknya.
    4. Melainkan anda memaklumkan sebaliknya, anda bersetuju bahawa Instapay boleh menghantar pemberitahuan berkaitan dengan aktiviti promosi dan pemasaran kepada anda dari semasa ke semasa. Anda boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa pesanan promosi atau pemasaran daripada Instapay dengan menamatkan langganan melalui e-mel atau menghubungi talian Khidmat Pelanggan.
    5. Instapay boleh menjalankan kempen, peraduan atau promosi berkaitan dengan Kad, seperti yang dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa. Anda bersetuju bahawa penyertaan anda dalam kempen, peraduan atau promosi tersebut hendaklah tertakluk kepada terma dan syaratnya yang tertentu.
    6. Instapay boleh meminta maklumat atau dokumen tambahan daripada anda untuk tujuan pengesahan identiti anda atau menyediakan perkhidmatan Kad untuk anda. Anda bersetuju bahawa anda akan memberikan maklumat dan/atau dokumen tersebut dengan segera kepada Instapay apabila diminta.
    7. Walau apa pun yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini, Instapay boleh dengan serta-merta, mengubah prosedur atau mod operasi Perkhidmatan tanpa memberikan apa-apa sebab atau notis kepada anda.
  17. PERKHIDMATAN PEMBERITAHUAN SMS

    1. Instapay mungkin menyediakan dan/atau melaksanakan perkhidmatan Pemberitahuan SMS (“Pemberitahuan”) untuk Kad anda (dengan syarat Kad anda dalam kedudukan yang baik dan/atau tidak digantung atau disekat). Jika Instapay melaksanakan perkhidmatan ini, pemberitahuan akan dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”) mengikut budi bicara Instapay berdasarkan kriteria yang telah ditentukan terlebih dahulu, seperti berikut: (a) pemberitahuan tentang penggunaan kad buat kali pertama; (b) pemberitahuan tentang transaksi dalam negeri dan luar negeri yang melebihi nilai tertentu; dan (c) pemberitahuan tentang transaksi yang menimbulkan kesangsian atau menyimpang daripada kebiasaan. Perkhidmatan Pemberitahuan tertakluk pada syarat perjanjian anda dengan penyedia perkhidmatan telefon bimbit anda. Anda hendaklah memastikan telefon bimbit dan nombor telefon bimbit anda boleh menerima pesanan teks di Malaysia dan di luar negeri, dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar apa-apa fi yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telefon bimbit anda.
    2. Setiap Pemberitahuan tidak akan disulitkan dan mungkin termasuk butiran yang berkaitan dengan Transaksi anda. Anda bertanggungjawab terhadap keselamatan telefon bimbit anda. Instapay tidak akan bertanggungan, dengan apa-apa cara, terhadap anda (atau mana-mana pihak ketiga) jika apa-apa Pemberitahuan dilihat atau diakses oleh orang selain anda sebagai Pemegang Kad. Instapay tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa atau semua kerugian, ganti rugi, perbelanjaan, fi dan kos (termasuk kos guaman atas dasar tanggung rugi penuh) yang mungkin timbul, secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada (a) Pemberitahuan yang tidak dihantar, dihantar lewat atau dihantar kepada nombor yang salah; (b) Pemberitahuan yang tidak diterima; (c) kandungan Pemberitahuan yang tidak tepat atau tidak lengkap; (d) kebergantungan pada atau penggunaan maklumat yang diberikan dalam Pemberitahuan untuk apa-apa tujuan; atau (e) mana-mana pihak ketiga, sama ada diberi kuasa atau tidak, memperoleh maklumat akaun Kad anda yang terkandung dalam Pemberitahuan dengan mengakses telefon bimbit anda.
    3. Pemberitahuan bukan merupakan rekod Akaun atau Transaksi yang berkaitan dengannya. Instapay tidak memikul apa-apa tanggungjawab atau obligasi tambahan berhubung dengan penggunaan, atau apa-apa transaksi atau kemungkinan yang melibatkan, Akaun. Perkhidmatan Pemberitahuan tidak melepaskan anda daripada tanggungjawab melindungi keselamatan fizikal Kad atau Akaun anda dan melindungi Kad atau Akaun anda daripada penggunaan tanpa kebenaran, dan ia tidak memerlukan Instapay bertanggungan secara automatik terhadap mana-mana Transaksi yang dilakukan tanpa kebenaran yang mungkin dicaj kepada Akaun anda. Perkhidmatan Amaran mungkin tertakluk pada fi serta terma dan syarat tambahan di samping dan bukan sebagai pengganti terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini.
  18. HARTA INTELEKTUAL

    1. Anda mengakui bahawa App, Sistem Platform dan Kad, serta semua Hak Harta Intelektual yang berkaitan dengannya dimiliki oleh Instapay atau pemberi lesennya. Semua hak terpelihara secara nyata.
    2. Dengan tidak menyentuh mana-mana peruntukan yang terkandung dalamnya, tiada apa pun, menerusi penggunaan App dan/atau Kad, boleh dianggap sebagai memberikan mana-mana lesen Instapay, atau memindahkan apa-apa hak harta intelektual Instapay atau hak proprietari Instapay yang lain, kepada anda selain hak terhad untuk menggunakan App dan/atau Kad menurut Perjanjian Pemegang Kad ini.
  19. PRIVASI

    1. Anda bersetuju bahawa dengan memohon Kad, mendaftarkan Akaun atau menggunakan Kad, anda memberikan kebenaran kepada Instapay bahawa Data Peribadi anda yang dikumpulkan oleh Instapay daripada anda, akan digunakan dan/atau didedahkan menurut Dasar Privasi.
    2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa bagi membolehkan Instapay memberi anda perkhidmatan, manfaat, tawaran dan keistimewaan yang berkaitan dengan Kad, mengurus Kad dan Akaun anda, serta memudahkan penggunaan Kad anda dan memproses apa-apa transaksi yang dilakukan atau akan dilakukan menerusi penggunaan Kad anda, perkongsian, pemindahan, dapatan semula, pengemaskinian dan pemprosesan Data Peribadi anda serta pewujudan profil ahli dan akaun pengguna, dan pengemaskinian butiran diri, mungkin berlaku antara Instapay, anak syarikat kami, sekutu, syarikat dan anggota gabungan yang berkaitan, pemegang lesen kami, pemegang serah hak, pemegang serah hak yang dicadangkan, ejen, vendor, penyedia perkhidmatan, kedai yang menyertai, rakan strategik, rakan komersial, kontraktor pihak ketiga, mana-mana pihak berkuasa kawal selia (termasuk BNM dan pihak berkuasa atau badan lain seumpamanya yang mempunyai kuasa terhadap Instapay), pengendali rangkaian pembayaran, dan mana-mana pihak lain yang dilantik oleh Instapay untuk membolehkan dan membantu Instapay menyediakan perkhidmatan untuk anda, atau menggunakan atau menguatkuasakan hak Instapay di bawah ini, dan/atau mana-mana pihak lain seperti yang mungkin dianggap sesuai dan perlu oleh Instapay mengikut budi bicara mutlaknya, dalam dan di luar Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi, dan anda telah mengizinkannya.
    3. Instapay boleh memantau dan merekodkan semua Transaksi dan komunikasi yang mungkin berlaku antara anda dengan Instapay bagi tujuan perniagaan Instapay (termasuk tetapi tidak terhad kepada kawalan mutu dan latihan, mencegah penggunaan sistem telekomunikasi Instapay yang tidak dibenarkan, memastikan operasi sistem yang berkesan serta pencegahan dan pengesanan jenayah).
    4. Anda bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Instapay untuk mengambil atau menggunakan apa-apa Data Peribadi atau apa-apa data lain daripada Akaun anda yang mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam mahkamah dan/atau memberikannya kepada pihak penguat kuasa yang berkaitan apabila perlu jika disyaki dan/atau terbukti menyalahgunakan Kad. Persetujuan dan kebenaran anda di bawah Fasal ini akan terus berkuat kuasa selepas penamatan Kad dan/atau Akaun anda atau apabila anda berhenti menggunakan Perkhidmatan.
  20. FI DAN CAJ

    1. Dengan memohon Kad atau menggunakan Kad, anda bersetuju dan mengaku janji untuk membayar semua fi yang timbul daripada dan yang berkaitan dengan penggunaan Kad anda menurut Perjanjian Pemegang Kad ini, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, fi penukaran mata wang, fi transaksi rentas sempadan, fi yang boleh dikenakan bagi Pengeluaran, sama ada di Malaysia atau di luar negeri, fi penggantian kad, caj bagi pemberitahuan SMS, fi bagi mendapatkan semula draf jualan, caj bagi Isian Semula, serta fi dan caj lain seumpamanya yang berkaitan dengan Kad seperti yang mungkin ditetapkan oleh Instapay dari semasa ke semasa. Bagi mendapatkan butiran lengkap tentang fi dan caj yang terpakai untuk Kad, sila rujuk Fi & Caj yang dipaparkan dalam App, Laman, Risalah Pendedahan Produk, dan/atau maklumat yang disertakan bersama-sama borang permohonan atau mel anda apabila menerima Kad anda.
    2. Instapay berhak menyemak apa-apa caj atau fi yang dikenakan untuk Kad atau mana-mana ciri Kad dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Apa-apa semakan tersebut akan dimaklumkan kepada Pemegang Kad terlebih dahulu melalui e-mel atau disiarkan dalam App dan/atau di Laman, dan akan berkuat kuasa mulai tarikh kuat kuasa yang ditetapkan. Jika anda tidak bersetuju dengan caj atau fi tersebut, sila batalkan Kad, atau jangan gunakan atau terus menggunakan Kad.
    3. Jika pengeluaran dan pemberian Kad di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini boleh dikenakan cukai menurut undang-undang Malaysia (termasuk tetapi tidak terhad kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan, Cukai Barang dan Perkhidmatan dan lain-lain), maka Instapay berhak mengenakan levi ke atas cukai tersebut pada kadar yang ditetapkan dan anda bersetuju membayar jumlah cukai tersebut.
  21. TRANSAKSI YANG DIPERTIKAIKAN DAN BAYARAN BALIK

    1. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua produk dan perkhidmatan yang dibeli apabila anda membuat apa-apa bayaran dengan menggunakan Kad anda, sama ada di premis kedai yang menyertai, arahan bertulis yang dihantar melalui pos, e-mel atau faksimili, pesanan telefon, dalam talian melalui Internet atau apa-apa cara lain yang dengannya anda telah membenarkan Kad anda digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan jumlah transaksi adalah betul. Di samping itu, Instapay tidak bertanggungjawab terhadap penghantaran, kualiti, keselamatan, kesahan, kesesuaian untuk tujuan atau apa-apa aspek lain barang atau perkhidmatan (termasuk apa-apa kecacatan atau kekurangan pada mana-mana barang atau perkhidmatan) yang anda beli daripada mana-mana kedai yang menyertai dengan menggunakan Kad anda.
    2. Instapay tidak akan bertanggungjawab menyelesaikan apa-apa pertikaian yang mungkin wujud antara anda dengan mana-mana kedai bagi barang atau perkhidmatan yang anda beli dengan menggunakan Kad atau institusi ahli MasterCard yang berkenaan. Anda hendaklah bertanggungjawab menghubungi kedai berkenaan untuk mendapatkan bayaran balik bagi produk atau perkhidmatan yang anda beli daripada mereka atau institusi ahli MasterCard yang berkaitan. Instapay tidak akan menjadi pihak dalam pertikaian tersebut dan Instapay tidak bertanggungan terhadap pertikaian tersebut walau dalam apa cara sekali pun.
    3. Jika mana-mana kedai atau institusi ahli MasterCard boleh menyediakan opsyen pembayaran balik kepada anda, bayaran balik tersebut tertakluk pada yang berikut:

      proses pembayaran balik hendaklah tertakluk kepada dasar pembayaran balik kedai dan apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atas pembayaran balik tersebut;

      Akaun anda mesti aktif semasa proses pembayaran balik; dan

      jika Baki Akaun anda melebihi Had Akaun yang ditentukan selepas proses pembayaran balik selesai, maka proses pembayaran balik itu akan gagal secara automatik. Anda akan dikehendaki memohon kaedah atau proses pembayaran balik yang lain daripada kedai.

    4. Jika anda mendapati apa-apa kesilapan atau perselisihan dalam Akaun anda, anda mesti menghubungi Khidmat Pelanggan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh transaksi yang dipertikaikan itu, dan jika anda gagal berbuat demikian, anda dianggap telah menerima ketepatan Transaksi anda. Jika didapati dalam tempoh penyiasatan Instapay bahawa Transaksi yang dipertikaikan itu sememangnya dibuat dengan kesilapan, Instapay akan membayar balik jumlah yang dipertikaikan itu terus ke dalam Akaun anda setelah penyiasatan selesai yang tidak akan melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh aduan anda. Walau bagaimanapun, Instapay berhak untuk tidak membayar balik apa-apa jumlah yang dipertikaikan kepada anda jika Instapay mempercayai secara jujurnya bahawa anda telah bertindak secara bertentangan dengan Perjanjian Pemegang Kad ini. Jika penyiasatan dan pengesahan yang dijalankan oleh Instapay mendapati bahawa Transaksi yang dipertikaikan itu tepat, betul dan anda membenarkan sewajarnya, maka anda hendaklah bertanggungan terhadap Transaksi yang dipertikaikan tersebut. Jika penyiasatan dan pengesahan yang dijalankan oleh Instapay mendapati bahawa Transaksi yang dipertikaikan itu palsu, tidak jujur, melibatkan penipuan atau menyalahgunakan proses, maka anda hendaklah menanggung rugi Instapay terhadap semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Instapay semasa menjalankan penyiasatan atau pengesahan tersebut. Dapatan oleh Instapay dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan berkaitan dengan Kad dan/atau Akaun anda adalah muktamad dan mengikat anda serta tidak boleh dipersoalkan atau dipertikaikan.
    5. Walau apa pun yang di atas, apa-apa pembayaran balik oleh Instapay tidak akan, daripada penyiasatan itu sahaja, sama dengan jumlah setelah selesainya penyiasatan. Instapay boleh membayar balik jumlah tertentu ke dalam Akaun anda berdasarkan hasil penyiasatan awal. Selepas penyiasatan penuh selesai dijalankan, jika didapati anda tidak layak menerima pembayaran balik, Instapay boleh, menurut budi bicara mutlaknya, sama ada menyelaraskan Akaun anda dan menolak jumlah yang telah dibayar balik itu daripada Akaun anda atau menuntut jumlah tersebut daripada anda.
    6. Anda bersetuju dan membenarkan penggunaan oleh Instapay dan/atau kakitangan atau penasihatnya, apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda atau butiran Transaksi yang berkaitan atau Akaun anda bagi tujuan menyiasat apa-apa tuntutan atau pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Transaksi yang dipertikaikan. Anda seterusnya bersetuju bahawa jika berlaku apa-apa jenis pertikaian atau tuntutan yang timbul berhubung dengan apa-apa Transaksi, maka rekod Transaksi yang dikeluarkan oleh Instapay hendaklah digunakan sebagai rujukan dan hendaklah menjadi satu-satunya asas untuk menyelesaikan pertikaian atau tuntutan tersebut. Persetujuan dan kebenaran anda di bawah Fasal ini akan terus berkuat kuasa selepas penamatan Akaun anda atau apabila anda berhenti menggunakan Kad dan/atau Akaun anda.
  22. KAD HILANG ATAU DICURI

    1. Anda bertanggungan dan tetap bertanggungan terhadap Instapay bagi apa-apa barang dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana kedai serta pengeluaran tunai menerusi penggunaan Kad anda, sama ada anda membenarkan penggunaan tersebut atau tidak. Anda hendaklah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mengelakkan PIN anda didedahkan kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa, atau Kad anda hilang, dicuri atau digunakan tanpa kebenaran.
    2. Jika PIN anda didedahkan kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa atau Kad anda digunakan tanpa kebenaran, atau Kad anda hilang atau dicuri, anda mestilah menyekat Kad anda dengan serta-merta melalui App atau menghubungi Khidmat Pelanggan. Anda kemudiannya hendaklah menghantar pengesahan bertulis kepada Instapay. Sebagai tindakan berhemat, Instapay mengesyorkan supaya anda membuat laporan polis dengan segera untuk menyokong dakwaan anda bagi apa-apa transaksi yang dilakukan tanpa kebenaran.
    3. Instapay mungkin, mengikut budi bicaranya, meminta daripada anda satu salinan laporan polis yang mengesahkan kejadian itu; dalam hal ini, jika anda tidak dapat menyerahkan Instapay satu salinan laporan polis tersebut, Instapay mungkin tidak dapat meneruskan siasatan dan Instapay tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa-apa pertikaian atau kerugian yang anda alami berhubung dengan apa-apa transaksi yang ditanggung akibat penggunaan Kad anda tanpa kebenaran. Anda bertanggungan dan tetap bertanggungan terhadap semua transaksi yang ditanggung akibat penggunaan Kad tanpa kebenaran jika siasatan yang dibuat oleh Instapay atau pihak polis menunjukkan bahawa anda merupakan pihak dalam pemerolehan apa-apa barang niaga atau perkhidmatan daripada kedai yang dilakukan menerusi penggunaan Kad oleh mana-mana orang yang tidak diberi kuasa. Anda bertanggungan terhadap transaksi yang dilakukan tanpa kebenaran itu sebelum kami menerima pemberitahuan bertulis tentang kehilangan atau kecurian tersebut. Instapay mungkin, mengikut budi bicara mutlaknya, memutuskan supaya liabiliti anda dihadkan kepada RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh) sahaja, dengan syarat anda tidak didapati cuai atau tidak melakukan penipuan.   
    4. Tanpa menjejaskan hak Instapay dan walaupun anda telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mengelakkan PIN atau Kad anda hilang atau dicuri atau digunakan tanpa kebenaran, dan anda telah melaporkan kehilangan atau kecuriannya, atau penggunaannya tanpa kebenaran, anda tetap bertanggungan terhadap Instapay jika anda telah melakukan penipuan atau jika anda terlibat dalam pemerolehan barang atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana kedai, pendahuluan tunai atau transaksi ATM menerusi penggunaan Kad anda oleh mana-mana orang, atau jika anda gagal memberitahu kami apabila anda mendapati bahawa PIN atau Kad anda telah hilang atau dicuri atau digunakan untuk tujuan yang tidak mendapat kebenaran anda.
    5. Jika, selepas itu, anda menjumpai Kad yang hilang atau dicuri itu, anda tidak sepatutnya menggunakan Kad itu lagi dan hendaklah memotong Kad itu kepada dua dan membuangnya dengan segera atau mengembalikannya kepada Instapay. Anda boleh meminta Instapay mengeluarkan Kad ganti, tetapi Instapay berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menerima atau menolak permintaan tersebut atas apa jua sebab sekalipun. Instapay tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk mengeluarkan Kad ganti secara automatik selepas kehilangan atau kecurian Kad.
    6. Apa-apa Kad ganti akan dikenakan fi kad ganti, melainkan diketepikan oleh Instapay mengikut budi bicara mutlaknya. Jika Instapay meluluskan permintaan anda untuk mendapatkan Kad ganti, dan setelah disahkan sewajarnya, Instapay akan mengeluarkan Kad baharu kepada anda dengan nombor akaun baharu. Baki yang Ada daripada Akaun anda terdahulu akan dipindahkan kepada Akaun baharu sewajarnya. Jika Instapay tidak mengeluarkan Kad ganti kepada anda atas apa-apa sebab, Baki yang Ada dalam Akaun anda terdahulu akan dibayar balik kepada anda (tolak apa-apa fi dan caj yang berkenaan) selepas empat belas (14) Hari Perniagaan melalui cek atau dengan mendepositkannya ke dalam akaun bank anda (dengan syarat anda telah memberi Instapay butiran akaun bank anda) atau dengan apa-apa cara lain menurut dasar dalaman Instapay. Bayaran balik tersebut adalah dalam Ringgit Malaysia.
  23. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

    1. Instapay dan pegawainya hendaklah mematuhi semua aspek penting dalam semua Undang-undang Terpakai yang mengawal Kad.
    2. Instapay mengakui bahawa dokumen atau maklumat yang dikumpulkan oleh Instapay berkaitan dengan urusan atau Akaun anda sebagai pelanggan Instapay, hanya akan digunakan dan/atau didedahkan menurut peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
    3. Tanpa mengehadkan keluasan makna yang disebut di atas, setakat yang dikehendaki oleh Undang-undang AML/CFT, Instapay hendaklah (i) menyenggara program pematuhan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan, iaitu pematuhan, dalam semua aspek penting, terhadap Undang-undang AML/CFT, (ii) melaksanakan, dalam semua aspek penting, usaha wajar yang dikehendaki di bawah Undang-undang AML/CFT berkenaan dengan penggunaan Kad atau Akaun, termasuk yang berhubung dengan punca wang yang digunakan oleh Pemegang Kad untuk Menambah Nilai Akaun mereka, dan (iii) menyenggara maklumat yang mencukupi untuk mengenal pasti anda bagi tujuan pematuhan, dalam semua aspek penting, terhadap Undang-undang AML/CFT.
  24. PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN

    1. Anda boleh, pada bila-bila masa, menamatkan penggunaan Kad dan/atau Akaun anda, anda dengan memberikan notis tentang penamatan itu melalui App atau menghubungi Khidmat Pelanggan. Tertakluk kepada Fasal 24.4 di bawah, jika anda mempunyai Baki yang Ada dalam Akaun, anda perlu memastikan bahawa anda memberikan butiran akaun bank dan apa-apa maklumat lain yang betul kepada Instapay seperti yang mungkin dikehendaki oleh Instapay bagi membolehkan Instapay memproses penamatan Kad dan/atau Akaun anda dan membayar balik Baki yang Ada ke dalam akaun bank anda dalam tempoh dua belas (12) Hari Perniagaan, dengan syarat semua transaksi dengan mana-mana pihak ketiga yang lain (contohnya, kedai) diselesaikan terlebih dahulu. Jika anda tidak mempunyai apa-apa Baki yang Ada dalam Akaun anda, Kad dan/atau Akaun anda akan dianggap sebagai telah ditamatkan dengan serta-merta apabila notis penamatan daripada anda diterima oleh Instapay. Instapay tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi yang anda alami disebabkan oleh apa-apa maklumat perbankan yang tidak betul yang anda beri. Apa-apa pembayaran balik ke dalam akaun bank asing akan tertakluk kepada kadar lazim pemindahan pertukaran asing bagi Bank atau bank asing yang berkaitan dan apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan oleh Bank, bank asing yang berkaitan, dan/atau yang ditanggung ketika melaksanakan pembayaran balik itu.
    2. Tanpa menjejaskan hak dan remedinya yang lain, Instapay berhak menggantung atau menamatkan dengan serta-merta penggunaan Kad atau Akaun (atau mana-mana bahagiannya), dengan atau tanpa apa-apa notis kepada anda, apabila berlaku mana-mana kejadian berikut:-

      jika pada pendapat Instapay, terdapat ketidakjujuran, penipuan yang disyaki, perkara yang menyalahi undang-undang, perlakuan jenayah atau salah nyata ketika mengendalikan Akaun anda atau penggunaan Kad anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan Kad anda untuk apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti kegiatan pertaruhan dan/atau perjudian dalam talian;

      jika anda melanggar, atau Instapay mempunyai asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa anda telah melanggar, mana-mana peruntukan dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, terma dan syarat dalam Terma Am Penggunaan dan/atau apa-apa terma dan syarat yang terpakai bagi apa-apa perkhidmatan baharu seperti yang mungkin disediakan oleh Instapay dari semasa ke semasa, atau telah terlibat dalam apa-apa kelakuan yang menjejaskan Instapay, atau pada pendapat Instapay, tindakan anda menjejaskan kepentingan Instapay;

      jika apa-apa jumlah wang perlu dibayar oleh anda kepada Instapay pada bila-bila masa di bawah Akaun;

      jika Instapay mengetahui tentang apa-apa aktiviti yang di luar aturan, meragukan atau tidak dibenarkan dalam Kad anda;

      jika berlaku apa-apa peristiwa atau wujud apa-apa situasi yang boleh atau mungkin, pada pendapat Instapay, menjejaskan keupayaan anda untuk melaksanakan obligasi anda di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini;

      jika anda melanggar mana-mana Undang-undang Terpakai;

      jika anda telah menyerahkan dokumen palsu atau telah mengisytiharkan maklumat palsu semasa anda membuat permohonan Perkhidmatan;

      jika apa-apa maklumat yang anda berikan tidak betul, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap dalam tempoh menggunakan Kad;

      jika anda telah bertindak dengan niat buruk atau niat jahat semasa menggunakan Kad;

      jika nama anda disenaraikan di bawah apa-apa senarai pemerhatian kawal selia (termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai yang berkaitan dengan keganasan atau pembiayaan keganasan di bawah Undang-undang AML/CFT);

      jika anda gagal memberikan apa-apa maklumat tambahan yang mungkin diminta oleh Instapay daripada anda, dari semasa ke semasa menurut Terma dan Syarat ini; dan/atau

        apabila Instapay telah memperuntukkan hak tertentu untuk menggantung dan/atau menamatkan Akaun anda di bawah apa-apa peruntukan lain dalam Perjanjian Pemegang Kad ini.

      • Jika Kad dan/atau Akaun anda ditamatkan oleh Instapay menurut Fasal 24.2 di atas, Instapay tidak diwajibkan untuk membayar balik Baki yang Ada (jika ada) kepada anda sehingga dan melainkan kelulusan telah diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan, jika berkenaan. Instapay berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap anda seperti yang mungkin dianggap perlu atau seperti yang dikehendaki di bawah Undang-undang Terpakai atau oleh pihak berkuasa berkaitan.
      • Jika Kad dan/atau Akaun anda dihentikan, ditamatkan atau digantung oleh Instapay disebabkan oleh transaksi yang melibatkan penipuan, tidak sah atau menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran mana-mana Undang-undang Terpakai, anda tidak layak mendapat apa-apa pembayaran balik wang serta semua dan apa jua wang yang diisi semula dalam Akaun anda dan akan dianggap sah bagi Instapay untuk menahan wang tersebut bagi tempoh yang tidak ditentukan atau menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan menurut Undang-undang Terpakai. Anda tidak layak menuntut apa-apa bentuk pampasan bagi apa-apa kerugian yang timbul disebabkannya daripada Instapay.
      • Jika Instapay mengesan aktiviti yang luar biasa, di luar aturan, meragukan, tidak dibenarkan atau melibatkan penipuan dalam Kad dan/atau Akaun anda, Instapay boleh menyekat, menggantung dan/atau menamatkan penggunaan Kad dan/atau Akaun anda dengan serta-merta sebagai langkah keselamatan atau langkah berjaga-jaga (dengan atau tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada anda) sehingga Instapay mengesahkan aktiviti itu sewajarnya. Jika Instapay memutuskan untuk menyekat, menggantung dan/atau menamatkan penggunaan Kad, Instapay akan cuba memberitahu anda melalui telefon atau mel elektronik atau apa-apa cara komunikasi yang lain. Anda bersetuju tidak akan menggunakan atau cuba menggunakan Kad yang telah tamat tempoh, dibatalkan, disekat, digantung, ditamatkan atau tidak sah. Tindakan tertentu yang diambil oleh Instapay tidak akan menjejaskan hak dan obligasi anda menurut Perjanjian Pemegang Kad ini. Jika Instapay menamatkan Kad anda yang bukan disebabkan kesalahan anda, anda layak mendapat pembayaran balik apa-apa Baki yang Ada seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini.
      • Setelah Akaun anda ditamatkan (walau apa pun sebabnya), kecuali bagi apa-apa obligasi yang dinyatakan sebagai akan terus berkuat kuasa, hak dan obligasi seterusnya bagi setiap Pihak akan terhenti dengan serta-merta, dengan syarat penamatan tersebut tidak menjejaskan hak dan obligasi terakru setiap Pihak setakat tarikh penamatan tersebut.
  25. PENGAKTIFAN SEMULA

    1. Jika anda tidak log masuk ke dalam Akaun anda selama lebih enam (6) bulan, dan tiada Baki yang Ada dalam Akaun anda, Instapay boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menganggap Akaun anda sebagai dorman dan boleh menggantung Akaun anda. Jika Akaun anda digantung atas apa-apa sebab, anda tidak akan dapat menggunakan Kad anda. Anda hendaklah menghubungi Khidmat Pelanggan untuk mengaktifkan semula Akaun anda. Instapay boleh mengaktifkan semula Akaun anda mengikut budi bicara mutlaknya, dan tertakluk pada dasar dan prosedur semasa Instapay.
  26. PENAFIAN

    1. INSTAPAY MENYEDIAKAN APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN ATAS DASAR “SEPERTI ADANYA” DAN “SEPERTI TERSEDIA”. PEMEGANG KAD BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN ADALAH ATAS RISIKO MEREKA SEPENUHNYA. SELAIN WARANTI YANG DIBERIKAN SECARA NYATA DI BAWAH PERJANJIAN PEMEGANG KAD INI, INSTAPAY DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA WARANTI DAN APA-WALAU APA PUN JENISNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA (I) WARANTI KEBOLEHDAGANGAN YANG TERSIRAT, (II) KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN (III) KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, PRESTASI DAN KETEPATAN PERKHIDMATAN, DAN (IV) BAHAWA APP, SISTEM PLATFORM DAN KAD AKAN BERTERUSAN, TIDAK TERGANGGU DAN/ATAU TIADA KESILAPAN. NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS, YANG DIPEROLEH DARIPADA INSTAPAY ATAU MELALUI APP, SISTEM PLATFORM DAN PERKHIDMATAN KAD TIDAK AKAN MEWUJUDKAN APA-APA WARANTI YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERJANJIAN INI.
    2. Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa dan semua akibat daripada penggunaan atau penyalahgunaan Kad dan Akaun, nombor PIN, maklumat pengesahan log masuk, dan/atau maklumat pengesahan keselamatan anda. Anda hendaklah bertanggungjawab terhadap semua kerugian dan pembayaran (termasuk jumlah apa-apa transaksi yang dijalankan tanpa kebenaran anda) disebabkan kelalaian anda atau anda bertindak melalui penipuan. Untuk tujuan Fasal ini, kelalaian hendaklah dianggap sebagai termasuk kegagalan mematuhi apa-apa kewajipan keselamatan anda yang dirujuk dalam Perjanjian Pemegang Kad ini.
    3. Walau bagaimanapun, anda tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh kerosakan sistem, kesilapan teknikal atau isu operasi yang lain yang dihadapi oleh Instapay, kedai atau pihak berkaitan yang lain yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan Kad.
    4. Anda mengakui bahawa Instapay boleh menggunakan pembekal pihak ketiga untuk menyediakan perkakasan, perisian, rangkaian, ketersambungan, penyimpanan, portal atau pemprosesan pembayaran dan teknologi lain bagi menyediakan App, Sistem Platform dan/atau perkhidmatan Kad.  Tindakan dan pengabaian oleh pembekal pihak ketiga tersebut mungkin di luar kawalan Instapay, dan Instapay tidak akan menanggung apa-apa liabiliti bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami akibat apa-apa tindakan atau pengabaian oleh mana-mana pembekal pihak ketiga.
    5. Instapay tidak bertanggungjawab walau apa pun terhadap apa-apa pengaturan yang anda buat dengan mana-mana pihak ketiga (termasuk kedai, pihak ketiga atau Pemegang Kad lain) disebabkan penggunaan Kad dan/atau Akaun anda. A Anda hendaklah menjalankan apa-apa penyiasatan yang anda rasa perlu atau wajar sebelum meneruskan apa-apa transaksi dalam talian atau luar talian dengan mana-mana pihak ketiga ini. Jika anda menghadapi pertikaian dengan satu pihak ketiga atau lebih, anda dengan ini melepaskan Instapay dan anggota gabungannya (dan pegawai, pengarah, ejen, subsidiari, usaha sama dan pekerja serta pekerja bagi anggota gabungannya) daripada tuntutan, permintaan dan ganti rugi (sebenar dan turutan) walau apa jua jenis atau bentuk, diketahui atau tidak diketahui, disyaki atau tidak disyaki, didedahkan atau tidak didedahkan, yang timbul daripada atau melalui apa jua cara berkaitan dengan pertikaian tersebut.
    6. Instapay tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab terhadap anda dan/atau terhadap mana-mana pihak ketiga yang lain bagi apa-apa kos, kerugian atau ganti rugi (sama ada langsung atau tidak langsung), atau terhadap kerugian hasil, kehilangan untung atau apa jua kerugian turutan akibat anda menggunakan Kad dan/atau Akaun, termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

      Akaun anda digodam dan/atau maklumat pengesahan log masuk dan/atau maklumat pengesahan keselamatan anda dicuri; dan

      apa-apa pertikaian yang berlaku antara anda dengan pihak ketiga tentang apa-apa isu, termasuk tetapi tidak terhad kepada isu yang berkaitan dengan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk kegunaan, kuantiti atau penghantaran.

    7. Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Kad, atau tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Perjanjian Pemegang Kad ini, satu-satunya tindakan anda adalah dengan menghentikan penggunaan Kad.
  27. PENGEHADAN LIABILITI

    1. SETAKAT YANG HANYA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WALAU DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN, INSTAPAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGAN TERHADAP APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, PUNITIF, TELADAN ATAU TURUTAN ATAU APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN WALAU APA JUA JENIS MELALUI APA JUA CARA BERKAITAN DENGAN ATAU YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN PEMEGANG KAD INI ATAU PENGGUNAAN APP, SISTEM PLATFORM ATAU PERKHIDMATAN, TANPA MENGAMBIL KIRA BENTUK TINDAKAN ATAU ASAS TUNTUTAN ATAU SAMA ADA INSTAPAY TELAH DIBERITAHU ATAU TIDAK TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA GANTI RUGI TERSEBUT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN UNTUNG ATAU PELUANG, GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN PERDAGANGAN YANG LAIN. JIKA UNDANG-UNDANG TERPAKAI TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI YANG DINYATAKAN DALAM PERJANJIAN INI ATAU PENGEHADAN LIABILITI YANG DINYATAKAN DALAM PERJANJIAN INI, ANDA DENGAN INI BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA WALAU DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN, INSTAPAY TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA TUNTUTAN ATAU GANTI RUGI MENURUT DOKUMEN INI MELEBIHI JUMLAH AGREGAT LIMA RIBU RINGGIT MALAYSIA ATAU JUMLAH YANG SETARA DENGAN HAD AKAUN ANDA, MENGIKUT MANA-MANA YANG LEBIH RENDAH.
    2. Tiada apa-apa dalam Perjanjian Pemegang Kad ini mengecualikan, mengehadkan atau mengubah apa-apa hak berkanun yang mungkin anda ada di bawah Undang-undang Terpakai yang tidak boleh dikecualikan, dihadkan atau diubah.
  28. TANGGUNG RUGI

    1. Anda dengan ini bersetuju menanggung rugi Instapay dan anggota gabungannya (dan pegawai, pengarah, ejen, subsidiari, usaha sama dan pekerjanya serta pekerja bagi anggota gabungannya). (“Pihak yang Ditanggung Rugi”) dan melepaskan Pihak yang Ditanggung Rugi daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, guaman, prosiding, ganti rugi dan/atau apa jua liabiliti yang dibuat terhadap Pihak yang Ditanggung Rugi yang timbul daripada anda menggunakan App, Sistem Platform dan/atau Kad, dan/atau kegagalan anda melaksanakan atau pelanggaran kewajipan dan obligasi anda di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini atau mana-mana Undang-undang Terpakai. Anda hendaklah mempertahankan dan membayar semua kos, ganti rugi, award, fi (termasuk fi guaman atas rundingan peguam cara dengan klien) dan penghakiman yang diberikan kepada mana-mana Pihak yang Ditanggung Rugi yang timbul daripada tuntutan tersebut, dan hendaklah memberi Instapay notis tentang tuntutan tersebut, kuasa penuh untuk mempertahankan, bertolak ansur atau menyelesaikan tuntutan tersebut, dan bantuan yang perlu dan munasabah untuk mempertahankan tuntutan tersebut atas perbelanjaan anda sepenuhnya.
    2. Anda dengan ini bersetuju bahawa jika Instapay memulakan prosiding undang-undang terhadap anda disebabkan kemungkiran di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini, anda hendaklah bertanggungan untuk menanggung rugi Instapay bagi semua kos guaman (termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien), kos, caj dan perbelanjaan lain yang mungkin ditanggung oleh Instapay dalam menguatkuasakan atau cuba menguatkuasakan apa-apa peruntukan dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, atau dalam mendapatkan atau cuba mendapatkan pembayaran bagi semua atau mana-mana bahagian wang yang terhutang di pihak anda. Walau bagaimanapun, tanggungjawab anda terhadap fi dan kos tersebut tidak boleh melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.
  29. Force Majeure

    1. Tanpa mengehadkan keluasan makna mana-mana peruntukan dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, Instapay tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kegagalan untuk melaksanakan apa-apa obligasinya dalam perjanjian ini disebabkan oleh bencana alam, pemberontakan atau kekacauan awam, operasi tentera atau tindakan keganasan, semua darurat, tindakan atau pengabaian oleh Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa kompeten, kekacauan buruh atau apa-apa bentuk pertikaian perindustrian, kebakaran, kilat, penenggelaman tanah, letupan, banjir, tindakan atau pengabaian orang atau badan yang Instapay tidak mempunyai kawalan ke atasnya atau apa-apa sebab yang di luar kawalan munasabah Instapay.
    2. Perkhidmatan Kad Perkhidmatan mungkin akan terjejas atau terganggu sekali-sekala yang berpunca daripada sebab atau objek yang di luar kawalan Instapay seperti bangunan, jalan bawah dan keadaan cuaca, gangguan elektromagnet, kegagalan kelengkapan atau kesesakan dalam Sistem Platform. Jika berlaku gangguan tersebut, Instapay tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan untuk menggunakan Kad atau mengakses Akaun, atau gangguan atau tergendalanya Perkhidmatan Kad.
  30. PERUNTUKAN LAIN

    1. Perjanjian Pemegang Kad ini membentuk keseluruhan perjanjian antara Kedua-dua Pihak berkaitan dengan perkara dalam dokumen ini dan menggantikan semua terma dan syarat, persefahaman, pernyataan dan waranti terdahulu yang berkaitan dengan perkara tersebut.
    2. Kelewatan, kecuaian atau tolak ansur di pihak Instapay dalam menguatkuasakan apa-apa peruntukan Perjanjian Pemegang Kad ini terhadap anda bukan satu penepian atau dianggap sebagai satu penepian atau dalam apa jua cara menjejaskan apa-apa hak Instapay menurut dokumen ini.
    3. Jika mana-mana peruntukan dalam Perjanjian Pemegang Kad ini dilarang oleh undang-undang atau dianggap oleh mahkamah sebagai menyalahi undang-undang, terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu akan, setakat dikehendaki, digugurkan daripada Perjanjian Pemegang Kad dan Syarat ini dan tidak lagi berkuat kuasa, setakat yang boleh tanpa mengubah peruntukan selebihnya dalam Perjanjian Pemegang Kad ini, dan tidak boleh dalam apa jua cara menjejaskan apa-apa keadaan lain atau kesahan atau penguatkuasaan Perjanjian Pemegang Kad ini.
    4. Perjanjian Pemegang Kad ini, ini serta semua hak dan obligasinya tidak boleh diserah hak, dipindah milik atau disublesenkan oleh anda tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Instapay. Instapay boleh memindah milik, menyerah hak atau mewakilkan Perjanjian Pemegang Kad ini, serta hak dan obligasinya tanpa memberikan notis kepada anda atau mendapatkan kebenaran daripada anda terlebih dahulu.
    5. Semua hak dan obligasi di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini adalah khusus untuk anda. Orang yang bukannya satu pihak dalam Perjanjian Pemegang Kad ini tidak berhak menguatkuasakan apa-apa peruntukan Perjanjian Pemegang Kad ini.
  31. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI DAN BIDANG KUASA

    1. Tanpa mengambil kira di negara mana anda mengakses atau menggunakan App, Sistem Platform dan/atau Kad, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Perjanjian Pemegang Kad ini dan penggunaan anda kepada App, Sistem Platform dan/atau Kad akan dikawal menurut undang-undang di Malaysia tanpa mengambil kira pilihan atau percanggahan prinsip undang-undang, dan anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia bagi menyelesaikan apa-apa tuntutan atau pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan Perjanjian Pemegang Kad ini.
  32. NOTIS

    1. Semua notis, permohonan dan/atau komunikasi lain yang akan diberikan oleh Instapay kepada Pemegang Kad di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini boleh dilakukan melalui:-

      pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod Instapay;

      khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel ke nombor telefon anda atau alamat e-mel yang didaftarkan dengan Instapay;

      diterbitkan di App atau Laman Web; dan/atau

      disiarkan dalam akhbar harian kebangsaan dalam bahasa utama, yang biasanya diedarkan di seluruh Malaysia, dan hendaklah dianggap sebagai pemberitahuan apabila dipaparkan/disiarkan.

    2. Anda dengan ini bersetuju bahawa jika apa-apa prosiding undang-undang dimulakan di mahkamah Malaysia berhubung dengan Perjanjian Pemegang Kad ini, proses undang-undang dan dokumen lain boleh disampaikan dengan mengepos dokumen tersebut ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod Instapay dan penyampaian tersebut, pada hari kelima selepas diposkan, akan dianggap sebagai penyampaian proses atau dokumen yang baik dan memuaskan.
    3. Semua notis, permohonan dan/atau komunikasi lain yang akan diberikan oleh Pemegang Kad kepada Instapay di bawah Perjanjian Pemegang Kad ini mesti dihantar ke alamat berikut (atau ke alamat lain seumpamanya seperti yang mungkin diberikan oleh Instapay melalui notis kepada Pemegang Kad dari semasa ke semasa) dengan tangan, melalui serahan tangan, pos berdaftar atau e-mel:

      Instapay Technologies Sdn Bhd.

      Unit 26-6, Q Sentral,

      Jalan Stesen 2, KL Sentral

      50470 Kuala Lumpur

      Malaysia

      E-mail: connect@instapaytech.com

    4. Jika terdapat apa-apa aduan atau pertanyaan dan tiada maklum balas diberikan oleh Instapay, Pemegang Kad boleh menghubungi badan berikut:

      Bank Negara Malaysia

      Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)

      Tingkat Bawah, Blok D

      Jalan Dato' Onn

      50480 Kuala Lumpur

      Malaysia

      Pusat Panggilan (BNMTELELINK)

      Tel : 1-300-88-5465

      (Luar Negeri: 603-2174-1717)

      Faks: 603-2174-1515

      E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

      Ombudsman for Financial Services (664393P)

      (dahulunya dikenali sebagai Financial Mediation Bureau)

      Tingkat 14, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia

      No. 4, Jalan Sultan Sulaiman

      50000 Kuala Lumpur

      Telephone no.: 03-2272 2811

      Faks no.: 03-2272 1577

      E-mel address: enquiry@ofs.org.my